Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

M’sia, Indonesia Minat Perolehi Dron Bersenjata Turki Dihasil Baykar

“Banyak negara-negara Asia, terutamanya Malaysia dan Indonesia telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap produk-produk industri pertahanan kita. Perjanjian sedang ditandatangani,” kata Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu di Jepun hari ini.

0 2,500

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia dan Indonesia dikatakan telah menunjukkan minat yang mendalam untuk memperolehi dron bersenjata (unmanned combat aerial vehicle – UCAV) yang dikeluarkan oleh syarikat pembuat dron bersenjata terkenal Turkiye, Baykar.

Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu yang menyatakan perkara itu berkata, Turki juga bercadang menjual sistem dronnya kepada Jepun.

“Banyak negara-negara Asia, terutamanya Malaysia dan Indonesia telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap produk-produk industri pertahanan kita. Perjanjian sedang ditandatangani,” kata sebagaimana dipetik oleh media Turki pada sidang media di Tokyo hari ini.

Bayraktar TB2

Beliau berada di Jepun untuk menghadiri upacara pengebumian bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang ditembak mati.

Kenyataan oleh Cavusoglu itu tidak memiliki sebarang perincian dan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Adakah Malaysia berminat untuk memperolehi UCAV keluaran syarikat Baykar yang terkenal diseluruh dunia iaitu “Bayraktar TB2”?

Dron keluaran syarikat Baykar sememangnya terkenal diseluruh dunia berikutan prestasi yang ditunjukkan dalam beberapa konflik.

Dikatakan, disebabkan popularitinya, tempoh menunggu bagi pelanggan untuk mendapatkan Bayraktar TB2 adalah selama tiga tahun.

Selcuk
Selcuk Bayraktar adalah orang yang dibelakang syarikat Baykar yang membangunkan dron “Bayraktar TB2”.

 

Setakat ini apa yang admin ketahui adalah – walaupun Malaysia mempunyai keperluan untuk memperolehi tiga buah dron Medium Altitude Long Endurance (MALE), tetapi ia lebih kepada untuk menjalankan fungsi-fungsi Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) dengan dron Anka-S dijangka menjadi pilihan kepada Malaysia.

Walaupun tujuan utama adalah untuk ISR, tetapi Anka-S juga boleh dilengkapi dengan empat buah peluru berpandu MAM Smart Micro Munitions yang dibangunkan oleh sebuah lagi syarikat Turki, Roketsan.

Sistem UAS-MALE “Anka-S” mempunyai kemampuan untuk terbang selama 24 hingga 30 jam, 30,000 kaki altitud dan membawa bebanan di antara 250-350 kilogram.

Anka dihasilkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI), malah Perdana Menteri ketika melawat Turkiye baru-baru ini turut melawat kemudahan TAI dan produk-produk dihasilkannya termasuk dron Anka.

Setakat ini tiada maklumat mengatakan ATM bercadang mendapatkan UCAV, apatah Bayraktar TB2 tetapi admin berkeyakinan negara memang mempunyai perancangan untuk mendapatkan UCAV suatu hari nanti.

Anka-S
UAS-MALE “Anka-S” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI)

 

UCAV dan dron-dron ISR sudah menjadi elemen penting dalam peperangan zaman ini.

Kementerian Pertahanan mempunyai keperluan untuk memperolehi tiga buah sistem UAS-MALE  ipada Rancangan Malaysia Ke-12 manakala tiga lagi buah akan dibeli pada Rancangan Malaysia Ke-13.

Sistem UAS-MALE tersebut itu akan dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender antarabangsa pada Ogos 2020 untuk mendapatkan tiga buah sistem UAV-MALE (bersama-sama segala sistem yang berkait dengannya seperti ground stations dll) dan tender itu telah pun ditutup pada 26 November 2020.

Kerajaan Malaysia telah meluluskan sejumlah peruntukan di bawah Kelulusan Keperluan Kritikal (Rancangan Perbelanjaan (RP)-4) bagi perolehan tiga buah UAS MALE Fasa 1. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...