Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penantian Pesawat MPA Bagi TUDM Bakal Berakhir?

Penantian TUDM untuk mengoperasikan pesawat peronda maritim (MPA) yang dedicated berkemungkinan akan berakhir tidak lama lagi berdasarkan kepada kenyataan Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan baru-baru ini.

5,635

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagai sebuah negara maritim yang dikelilingi oleh lautan luas, Malaysia amat memerlukan pesawat peronda maritim yang khusus (dedicated MPA – Maritime Patrol Aircraft) untuk memantau perairan negara daripada segala bentuk ancaman dan pencerobohan terutamanya di kawasan perairan milik kita di Laut China Selatan.

Namun disebabkan kekangan kewangan untuk sektor pertahanan,  TUDM tidak berpeluang mengoperasikan pesawat MPA sehingga kini dan angkatan itu hanya dibekalkan dengan pesawat-pesawat MPA “bidan terjun” seperti Beechcraft 200 dan C-130 Hercules.

Pesawat MPA “bidan terjun” yang digunakan oleh TUDM ketika ini bukanlah pesawat MPA sebenarnya tetapi ia melakukan tugas-tugas MPA dengan kelengkapan yang amat terhad, amat amat terhad.

MPA TUDM
Pesawat peronda maritim ATR 72MP yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo yang ditawarkan kepada Malaysia.

 

Manakala itu pesawat-pesawat CN-235 TUDM yang dinaiktaraf kepada varian Maritime Surveillance Aircraft (MSA) di Bandung pun masih “tiada berita”, sama ada kerja-kerja pengubahsuaian itu telah selesai atau tidak.

Namun CN-235 MSA masih bukan pesawat MPA yang dedicated yang diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia yang prihatin dengan pertahanan negara.

Bagaimanapun penantian TUDM untuk mengoperasikan pesawat-pesawat MPA yang dedicated berkemungkinan akan berakhir tidak lama lagi berdasarkan kepada kenyataan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan baru-baru ini.

Dalam temuramah dengan majalah pertahanan bahasa Melayu, Perajurit baru-baru ini, beliau memberikan petanda jelas bahawa usaha TUDM untuk mendapatkan dua buah pesawat MPA sedang di peringkat akhir proses tender.

Dan keputusan tentang pesawat MPA apakah yang menjadi pilihan TUDM bakal diumumkan tidak lama lagi.

MPA
Pesawat Beechcraft 200 milik TUDM (planespotters.net)

 

 “Tender terbuka antarabangsa bagi perolehan ini (pesawat peronda maritim) adalah di  peringkat akhir proses perolehan.”

  “Penilaian Fizikal ke atas pembida-pembida telah dilaksanakan dan laporan lengkap akan  dimajukan kepada Lembaga Perolehan MINDEF pada Jun 2022 untuk keputusan,” kata panglima di dalam temuramah dengan majalah pertahanan tempatan itu.

Akhirnya “terbukalah hati” di pihak kerajaan untuk menyediakan peruntukan bagi perolehan pesawat-pesawat MPA yang dedicated bagi menjadi mata dan telinga negara tentang sebarang bentuk pencerobohan dan ancaman di perairan negara.

Jika kenyataan panglima TUDM dalam temuramah itu menjadi kenyataan maka selepas 64 tahun kewujudan TUDM, barulah ia berpeluang untuk mengoperasikan pesawat MPA yang dedicated.

Dibawah program CAP 55, TUDM merancang memperolehi sehingga enam buah pesawat MPA.

Antara pesawat-pesawat MPA yang sedang mengintai peluang untuk menjadi pesawat MPA TUDM adalah  “ATR 72MP yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo.

MPA
Pesawat C-130 Hercules TUDM

 

Mengesahkan perkara itu kepada media pertahanan antarabangsa, Janes.com pada Singapore Air Show 2022 baru-baru ini, syarikat itu berkata, ia telah mengemukakan cadangan terbaik untuk dinilai oleh Malaysia.

“Kami telah mencadangkan pesawat ATR 72MP, yang merupakan varian kepada pesawat ATR 72-600 yang berkhidmat dengan beberapa syarikat penerbangan di Malaysia dan Indonesia,” menurut syarikat itu.

Pesawat peronda maritim ATR 72 MP itu dipromosikan sebagai pesawat dengan kos operasi yang rendah, platform peronda maritim berkeupayaan tinggi yang boleh melaksanakan misi peperangan anti-kapal selam (anti-submarine warfare- ASW), peperangan anti-permukaan (anti-surface warfare- ASW) serta misi-misi perisikan elektronik (electronic intelligence-ELINT).

Pesawat ATR 72MP itu berkemampuan beroperasi dalam suasana rondaan maritim paling kompleks kerana ia dilengkapi dengan sistem perlaksanaan misi Airborne Tactical Observation and Surveillance (ATOS) terdiri daripada radar Active Electronically Scanned Array (AESA), penderia elektro optical dengan kamera monochrome dan bewarna,  Automatic Identification System (AIS) dan Airborne Search and Rescue Direction Finder (ASARSDF).

Selain itu, pesawat MPA keluaran syarikat Leonardo itu juga dilengkapi dengan kemampuan Command, Control, Communications, Computers, Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (C4ISR) bagi membolehkannya memantau trafik di laluan perkapalan, perlindungan kawasan perikanan, anti-penyeludupan, pemantauan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan Search and Rescue (SAR).

MPA
Pesawat Airbus C-295MPA

 

Maximum endurance pesawat ATR 72MP yang boleh membawa dua butir torpedo itu adalah 10 jam.

 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merancang untuk memiliki sehingga enam buah pesawat peronda maritim  program CAP 55 (Capability 2055).

 Syarikat gergasi aeroangkasa Eropah, Airbus juga telah mengesahkan bahawa ia telah menawarkan pesawat peronda maritim C-295 MPA untuk tender Kementerian Pertahanan bagi pesawat itu.

Pesawat C-295 MPA ini mampu melaksanakan pelbagai misi seperti Anti-Submarine Warfare dan Anti-Surface Warfare.

C-295 ini dilengkapi dengan fully integrated tactical system (FITS) untuk kawalan misi.

CN-235
Salah sebuah pesawat CN-235 TUDM yang dinaiktaraf kepada versi MSA sedang menjalani ujian penerbangan di kemudahan PT Dirgantara Indonesia (PTDI). Kelihatan Belly Radome dan FLIR telah pun siap dipasang. (pix credit to owner)

 

Sistem ini terdiri daripada pelbagai sensor dan komponen termasuk search radar, electro-optic / infrared sensors (EO/IR), electronic support measures (ESM) / electronic intelligence system (ELINT), COMINT, a magnetic anomaly detector (MAD), an IFF interrogator, a SATCOM, a datalink dan a Link-11.

Subsistem yang lain termasuklah  sistem akustik, automatic identification system dan sea pollution detection systems.

Pesawat C295 memiliki sehingga enam underwing handpoints untuk meletakkan senjata yang boleh terdiri daripada torpedo, peluru berpandu dan periuk api.

Ia boleh terbang selama 11 jam dan sejauh 5,600km. — DSA

Comments are closed.