Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia Tidak Perlukan “Apache” Atau “Tiger”, Cukup Sekadar MD530G -Menhan

Menteri Pertahanan mengatakan Malaysia perlu realistik dengan kekangan kewangan sedia ada dan ancaman-ancaman keselamatan dihadapinya pada ketika ini yang tidak memerlukan kehadiran helikopter penyerang seperti Apache atau Tiger.

0 3,938

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berdasarkan kepada ancaman keselamatan yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini, maka impian untuk melihat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilengkapi dengan helikopter penyerang (full fledged attack helicopter) seperti Apache AH-64 atau Tiger hampir pasti tidak akan menjadi kenyataan.

Itulah yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein ketika ditanya oleh media selepas menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 di Kem Syed Sirajuddin di Gemas hari ini.

“Kita kena tengok ancaman yang terpaksa kita hadapi dan kalau ancaman kita di Lahad Datu hendak berdepan dengan penculik-penculik, Kidnap-For-Ransom (KFR), terrorist dalam kapal-kapal kecil, (maka) saya rasa tidak perlu ada attack helicopter seperti Apache dan (Eurocopter) Tiger/Tigre.”

MD530G
Sebuah helikopter tempur ringan MD530G dilengkapi dengan pod mesingan pada raptaiLatihan Kuasa Tembakan 2022. (kredit Tentera Darat Malaysia)

 

“Helikopter tempur ringan/peninjau MD530G sudah mencukupi asalkan ia diperlengkapkan dengan senjata yang sesuai.

“Hari ini kita tengok MD530G bukan sahaja boleh terbang tetapi diperlengkapkan dengan senjata tertentu untuk berhadapan dengan ancaman tertentu. Sebab itu ia (MD530G) dibawah tentera darat dan bukan tentera udara,” kata Menhan.

ATM perlu realistic dengan kekangan kewangan yang dihadapinya pada ketika ini, katanya.

Apache
Helikopter AH-64 “Apache”.

 

Dengan apa yang dinyatakan oleh Menhan hari ini itu, peminat-peminat pertahanan negara boleh memadamkan sebarang mimpi atau cita-cita untuk melihat ATM dilengkapi dengan helikopter penyerang (full-fledged attack helicopter) seperti negara-negara jiran.

ATM akan terus menggunakan helikopter MD530G atau yang sama saiz dengannya untuk suatu jangka masa yang panjang.

Pada LKT 2022 yang berlangsung hari ini, beberapa buah helikopter tempur ringan MD530G turut tampil memperlihatkan kemampuan mereka dalam melepaskan tembakan daripada pod mesingan yang dibawa mereka.

MD530G
“Tiger” Attack Heli

 

Malaysia membeli keenam-enam helikopter peninjau/tempur ringan itu yang bernilai RM321 juta pada 2015.

Bagaimanapun, ATM hanya menerima helikopter itu pada Februari tahun ini selepas menunggu selama tujuh tahun dengan penuh sabar.

Keenam-enam buah helikopter MD530G itu dibangunkan oleh syarikat MD Helicopters daripada Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan pada Bursa Malaysia pada minggu lepas, syarikat Destini Bhd (Destini) menyatakan bahawa ia telah menyelesaikan penghantaran enam buah helikopter peninjau/penyerang ringan MD530G kepada tentera darat.

Sebagai sebahagian daripada kontrak, lapan juruterbang dan lima mekanik daripada Pasukan Udara Tentera Darat telah menyelesaikan latihan operasi Forward Arming and Refuelling Point (FARP) di West Texas.

MD530G
(kredit BTDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

MD530G
(kredit BTDM)

 

Keenam-enam helikopter tempur ringan yang tiba di negara ini pada Februari lepas melalui jalan laut akan dioperasikan oleh PUTD dan ditempatkan di pangkalan PUTD di Kluang serta di ESSCOM di Pantai Timur Sabah.

Keenam-enam helikopter itu adalah helikopter penyerang ringan yang berdasarkan kepada airframe Model 500/530.

Helikopter MD530G sebagaimana dioperasikan oleh Malaysia itu menyaksikan ia mengintegrasi sensor  Wescam L3 MX10D dan Pathfinder Ares Weapons Management System daripada Tek Fusion.

Integrasi sistem-sistem terbabit adalah untuk membantu penggunaan Dillion M134 Mini Gun, FN Herstal Heavy Machine Gun dan Rocket Machine Gun pods serta 2.75-inch Folding-Fin Aerial Rockets (guided and unguided). — DSA

 

 

 

Comments
Loading...