Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mohammadin Ketapi Menang Di DUN Segama

0 800

 

Mohammadin
Mohammadin Ketapi didakwa menghina anggota pasukan keselamatan negara. (sumber internet)

Walaupun dirudung dengan pelbagai kontroversi baru-baru ini,  tetapi  bekas Menteri Pelancongan Mohammadin Ketapi, calon parti Warisan Plus berjaya memenangi kerusi DUN Segama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang berlangsung hari ini.

Pemimpin parti Warisan itu memenangi kerusi itu dengan majorit sebanyak 2,168 undi dalam pertandingan lapan penjuru.

Beliau menimbulkan kontroversi dan kemarahan rakyat Malaysia baru-baru ini apabila menyifatkan insiden serangan lelaki bersenjata di Kampung Tanduo pada 2013 adalah suatu “sandiwara” dan pasukan keselamatan negara bertempur dengan “ayam dan anjing” di Lahad Datu itu.

 

Peristiwa berdarah itu mengakibatkan 68 penyerang dan 9 anggota pasukan keselamatan negara terbunuh.

Mohammadin bagaimanapun telah meminta maaf.

– DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...