Malaysia Akan Mula Terima Dron MALE-UAS ANKA-S Buatan Turkiye Pada Mac 2026

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pesawat dihasilkan oleh syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI) itu sedang dalam proses integrasi sistem radar dan pemasangan radio komunikasi yang dibawa dari Jerman.

Malaysia dijangka menerima sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS) “ANKA” buatan Turkiye menjelang Mac 2026.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pesawat dihasilkan oleh syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI) itu sedang dalam proses integrasi sistem radar dan pemasangan radio komunikasi yang dibawa dari Jerman.

“Ketika ini, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang akan mengendalikan pesawat itu sedang menjalani latihan pengendalian bersama pihak pembekal.

“Apabila kita membeli aset seperti ini, elemen latihan pengoperasian turut disediakan oleh syarikat yang membekalkannya,” katanya kepada pemberita Malaysia yang mengikuti lawatan kerja di Turkiye pada ketika ini.

Mengenai kemungkinan pemerolehan tambahan perolehan MALE-UAS ANKA, Mohamed Khaled berkata, keputusan perancangan perolehan aset pertahanan negara akan ditentukan kerajaan berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-13 yang dijadual dibentangkan pada 31 Julai ini.

Kontrak pemerolehan tiga unit MALE-UAS ANKA bersama peralatan sokongan berkaitan dimeterai antara Kementerian Pertahanan dan TAI semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023).

Dron ANKA yang diperolehi oleh Malaysia itu akan memainkan peranan yang penting dalam usaha-usaha pemantauan terhadap Laut China Selatan.

Anka
“ANKA” Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS)

 

Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menempatkan ANKA MALE-UAS yang diperoleh nanti di Pangkalan Udara Labuan bagi berfungsi sebagai “mata dan telinga”, memantau pencerobohan asing ke perairan negara, khususnya dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di Laut China Selatan, yang merupakan kawasan utama aktiviti minyak dan gas.

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menekankan kepentingan melengkapi negara dengan keupayaan pengawasan menyeluruh dan keperluan mempunyai “mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar” segala yang berlaku dalam perairan negara, khususnya di Laut China Selatan.

“Tiga buah dron MALE yang kita perolehi itu akan dikerah ke Laut China Selatan. Kita mesti mempunyai kemampuan mata dan telinga. Mata kita mesti mempunyai kemampuan untuk memandang jauh 350km daripada pantai, “ kata beliau.

Menurutnya, negara mesti mengetahui apa sahaja  di Laut China Selatan sebelum ia berlaku.

Malaysia memilih varian ANKA-S yang mampu beroperasi pada ketinggian hingga 30,000 kaki selama 24 hingga 30 jam, dengan kapasiti muatan antara 250 hingga 350 kilogram.

Penerbangan sulung “Anka-S” telah berjaya dilakukan pada September 2016 sebelum pengeluaran bersirinya dilakukan setahun selepas itu.

Penghantaran dua buah Anka-S yang pertama kepada Tentera Udara Turki telah dilakukan pada Februari 2018, sebelum penghantaran seterusnya dilakukan selepas itu.

Anka
“ANKA-S” UAS-MALE dibangunkan Turkish Aerospace Industries (TAI)

 

Varian ANKA-S MALE-UAS mempunyai kerangka komposit yang disepadukan dengan komputer kawalan penerbangan autonomi yang dibangunkan secara domestik, membolehkan ia melakukan pemanduan waypoint dan operasi penerbangan autonomi.

Sistem kawalan penerbangan otonomi itu membolehkan Anka-S itu “pulang” ke lokasi sebagaimana telah ditetapkan terlebih dahulu, sekiranya ia berhadapan dengan kehilangan komunikasi dengan stesen kawalan daratnya.

Dilengkapi dengan Synthetic Aperture Radar (SAR), Inverse SAR (ISAR), dan radar Ground Moving Target Indicator (GMTI), ANKA-S mampu mengesan, mengenal pasti dan menjejak sasaran statik atau bergerak.

Selain melaksanakan tugas risikan, pengawasan dan tinjauan (ISR), ANKA MALE-UAS serba canggih itu juga mempunyai kemampuan membawa empat peluru berpandu MAM Smart Micro yang dibangunkan oleh ROKETSAN untuk misi serangan darat.

Dengan kemampuan membawa muatan lebih daripada 200kg,  Anka-S mampu melaksanakan pelbagai misi bergantung kepada muatan yang dibawanya.

Anka S boleh melaksanakan beberapa misi real-time intelligence, surveillance dan reconnaissance (ISR), communication relay, target acquisition dan tracking.

Ia juga dilengkapkan dengan kamera electro-optic / infrared (EO / IR) untuk mengambil imej dan video resolusi tinggi didalam semua jenis keadaan cuaca, Sistem Identification Friend or Foe (IFF),  laser designator dan laser range finder.

Di dalam radome Anka-S itu, ia turut dilengkapi dengan ViaSat VR-18C airborne satellite communications (SATCOM) antenna yang berkuasa tinggi, memberikan komunikasi beyond line-of-sight (BLOS) yang selamat.

Anka-S menggunakan enjin turboprop PD170 yang dibangunkan secara dalam negara oleh Turkish Engine Industries (TEI) dibawah kontrak dengan TAI pada 2014.

Enijn pesawat tanpa pemandu itu menggunakan minyak diesel dan JP-8 jet fuel yang memberikan kuasa maksimum sebanyak 150 kuasa kuda.

Leave a Reply