Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Sandiwara”, Mohammadin Ketapi Minta Maaf

0 511

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Rupa-rupanya, pemimpin  parti Warisan yang mendakwa  tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 2013 hanyalah peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’ di dalam satu video yang tular adalah bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohammadin Ketapi.

Admin sejak daripada dahulu memang nampak mamat “Keretapi”” ini tak berapa cerdik.

Apa yang diperkatakan di dalam video tular itu hanya mengesahkan tentang tahap ketidakcerdikkan beliau.

Kini selepas tular, bekas menteri telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf.

Dia mendakwa video yang disebarkan itu tidak menggambarkan keseluruhan ucapannya, dan adalah permainan kotor untuk memburukkan partinya Warisan serta telah diputar belit.

“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa kenyataan saya semasa kempen disalahertikan dan diputar belit oleh orang yang tidak  bertanggungjawab, yang tidak faham dan mengerti apa yang saya cakap, kerana tidak pernah sama sekali saya memperkecilkan apa lagi menghina anggota keselamatan kita.

“Dalam perkara ini tidak ada perlu untuk kita cakap minta maaf, jika tidak hina orang, tidak perlu, saya tidak akun (mengaku) salah, tetapi supaya keadaan tidak berpanjangan dan perlu untuk saya minta maaf, perkara ini bukan besar, jadi saya ingin mohon maaf jika video ditularkan dengan niat jahat tersebut mengguris hati anggota keselamatan keseluruhannya,” katanya sebagaimana dipetik oleh Bernama dalam satu sidang media di Pejabat Warisan di Lahad Datu hari ini.

Sebelum itu Mohammadin yang juga adalah calon Warisan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, berkata serangan militan selatan Filipina terhadap Sabah yang mengorbankan anggota pasukan keselamatan negara adalah suatu “sandiwara.”

Parti Warisan

“Jadi ada peperangan konon di Tanduo. Datanglah jet di Tanduo, dibomnya kelapa sawit orang. Habis hangus kelapa sawit orang, habis hangus rumah orang. Koyak rumah orang ditembak. Ini kenyataan.

“Habis itu, disuruh kereta kebal masuk di kampung-kampung suruh berperang sama ayam. Siapa kawan dia berperang? Tiada. Ayam sama anjing di kampung kawan dia berperang,” katanya dalam video berkenaan.

Kampung tanduo

Sementara itu Markas ATM Bahagian Hal Ehwal Awam-J7 di dalam satu kenyataan petang ini berkata,” ATM amat terkesan dengan kenyataan seorang ahli politik yang mengaitkan insiden pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013 adalah merupakan suatu sandiwara negara.

“Tuduhan anggota ATM hanya membuat serangan kepada ayam dan anjing juga merupakan tuduhan yang tidak benar.

“Tuduhan itu juga memperlekehkan tugas serta tanggungjawab anggota tentera serta pasukan keselamatan lain dalam mempertahankan kedaulatan negara ketika itu.”

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...