Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MoF Keluarkan LOI Untuk Perolehan Sistem Meriam Bergerak “EVA” 155mm ???

Dakwaan itu telah dinyatakan oleh anggota Parlimen Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang bertanyakan soalan berkenaan perolehan sistem meriam bergerak itu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin semasa beliau menggulung perbahasan Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.

0 7,819

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Kewangan (MoF) didakwa telah mengeluarkan Surat Niat (Letter of Intent – LOI) kepada syarikat tempatan, Global Komited bagi perolehan sistem meriam bergerak  “EVA” 155mm untuk Tentera Darat Malaysia.

Global Komited merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Weststar.

Dakwaan itu telah dinyatakan oleh anggota Parlimen Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang bertanyakan soalan berkenaan perolehan sistem meriam bergerak itu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin semasa beliau menggulung perbahasan Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.

“Benarkah Kementerian Kewangan telah mengeluarkan  LOI (Letter of Intent) berjumlah RM805 juta kepada syarikat Global Komited, anak syarikat (Kumpulan) Weststar (untuk perolehan sistem meriam bergerak EVA 155mm)?” soal anggota Parlimen terbabit kepada Menteri Pertahanan di dalam Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa Kementerian Kewangan memilih sistem meriam bergerak “EVA” 155mm dan mengalahkan sistem meriam bergerak lain — antaranya termasuklah CAESAR 155mm yang dibangunkan oleh syarikat NEXTER daripada Perancis.

Eva
‘EVA” 155mm

 

Ahli Parlimen Pendang itu juga mendakwa bahawa pemilihan sistem meriam bergerak “EVA” 155mm oleh Kementerian Kewangan itu bertentangan dengan kehendak pengguna akhir (end-user) iaitu Tentera Darat Malaysia.

Sementara itu Mohamed Khaled ketika menjawab pertanyaan daripada Awang berkata bahawa cadangan berkenaan sistem meriam bergerak 155mm untuk Tentera Darat Malaysia masih di dalam proses perolehan.

“Jadi belum muktamad, jadi kita masih sedang tunggu siapa akhirnya, daripada mana kita akan beli peralatan itu,” kata Menteri Pertahanan.

Sebarang proses perolehan sistem pertahanan oleh Kementerian Pertahanan kata beliau, adalah mengikut Standard Operating Procedure (SOP) dan pekeliling yang telah digariskan oleh Kementerian Kewangan.

Sistem meriam bergerak “EVA” 155mm  yang dibangunkan oleh Konstrukta Defence itu, dengan separuh daripada kos pembangunan sistem meriam itu dibiayai oleh Kementerian Pertahanan Slovakia.

Sistem “EVA” 155mm itu hanya didedahkan pada awam pada tahun 2015.

EVA
“EVA” 155mm

 

Ia adalah berdasarkan kepada kenderaan Tatra T810 6×6 dan menggunakan meriam 155mm/L52 dan mampu membedil semua jenis peluru mengikut standard NATO.

Sistem meriam bergerak 155mm 52 Cal “EVA” adalah sistem artileri yang otonomi dengan sistem pengisi peluru otomatik bagi memberikan ia kemampuan menembak berkesan dengan penentuan sasaran secara langsung atau tidak langsung.

Rekabentuknya adalah berdasarkan kepada meriam bergerak 155mm 52 Cal yang telah terbukti keberkesanannya.

 Ia juga telah diuji dengan ekstensif dan secara teliti serta mencabar di Slovakia dan negara-negara luar.

Antara ciri-ciri paling utara sistem meriam bergerak “EVA” 155mm adalah kemampuan mobilitinya yang tinggi berikutan berat meriamnya.

Ciri-ciri yang lain adalah perlindungan untuk krewnya daripada senjata infantri, serangan  jarak jauh, penyediaan sistem yang cepat serta penembakan yang tepat dan kemampuan untuk melaksanakan penembakan secara “Multiple Round Simultaneous Impact” (MRSI).

CAESAR
Meriam SPH Bergerak “Caesar” 155mm 52-cal yang dibangunkan oleh NEXTER Systems.

 

Sistem meriam bergerak “EVA” 155mm yang dikatakan dibangunkan di dalam tempoh 9 bulan sahaja itu, boleh melepaskan lima tembakan dalam satu minit, sembilan tembakan dalam dua minit atau 12 tembakan dalam tempoh tiga minit.

Jika menggunakan peluru Rocket-Assisted Projectile (RAP), meriam boleh melepaskan bedilan sejauh 41km.

Menggunakan kenderaan seberat 22 tan, sistem “EVA”155mm itu dikendalikan oleh tiga orang krew iaitu komander, gunner dan pemandu.

Sistem meriam juga dilengkapi dengan Fire Control System (FCS) yang prinsip utamanya adalah mengurus keperluan teknikal dan memantau aktiviti sistem itu, selain memastikan sistem memperolehi data-data lain seperti topografi, balistik untuk tujuan pengiraan element penembakan.

Untuk benar-benar mengetahui siapa pemenang tender bagi 18 unit sistem SPH Tentera Darat itu, admin merasakan jawapan rasmi akan hanya muncul pada pameran DSA 2024 pada bulan Mei ini.

Selain CAESAR,  sistem SPH “Yavuz” 155mm 52cal yang dibangunkan oleh konglomerat pertahanan Turkiye, MKE (MKE tawar pakej yang amat menarik) turut bersaing hebat bersama-sama beberapa sistem SPH lain yang turut menyertai tender oleh Kementerian Pertahanan itu. — DSA

Comments
Loading...