Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tanpa LOA, Persaingan Sistem SPH 155mm Tentera Darat Terus “Sengit”

Sumber-sumber memaklumkan kepada Defence Security Asia bahawa selagi tiada Letter of Agreement (LOA), maka pihak terbabit masih tidak “berputus-asa” dengan terus-menerus menawarkan sistem meriam bergerak (self-propelled howitzer) kepada Kementerian Pertahanan.

0 6,056

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini media pertahanan antarabangsa mendakwa bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia sedang berunding untuk memperolehi sistem meriam bergerak (self-propelled howitzer) “Eva” 155mm yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Slovakia.

Dakwaan oleh artikel terbabit itu lagi, perjanjian bagi perolehan di antara 16 hingga 18 buah unit “Eva” dijangka dimeterai dengan syarikat pertahanan Slovakia, Konstrukta Defence tidak lama lagi.

Dakwaan tentang sistem SPH “Eva” itu menunjukkan bahawa masih banyak pihak menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi kontrak itu, walaupun laporan media sebelum ini mengatakan sistem SPH “Yavuz” 155mm buatan syarikat Turki,  Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş (MKE) berkemungkinan besar menjadi pilihan Tentera Darat.  

Yavuz SPH
Sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal yang dibangunkan oleh gergasi industri pertahanan Turkiye, MKE.

 

Dilaporkan bahawa syarikat MA Analytics yang merupakan ejen tempatan bagi MKE telah pun menerima Letter of Intent (LOI) daripada kerajaan bagi perolehan 18 buah “Yavuz” 155mm 52 cal untuk Tentera Darat.

Difahamkan syarikat tempatan itu pada ketika ini sedang giat mengadakan rundingan dengan Kementerian Kewangan berkenaan perolehan sistem meriam bergerak itu yang akan dilakukan secara rundingan terus (direct nego).

Sumber-sumber memaklumkan kepada Defence Security Asia bahawa pihak-pihak yang terbabit dalam persaingan masih tidak “berputus-asa” dan terus-menerus menawarkan sistem-sistem SPH kepada Kementerian Pertahanan, walaupun menyedari bahawa MA Analytics dan MKE mungkin akan memenangi kontrak itu.

Seorang sumber berkata, selagi tiada Letter of Agreement (LOA) dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kepada mana-mana pihak, maka tidak ada pihak yang akan menyerah kalah.

“Semua pihak masih berusaha dengan pelbagai cara untuk memenagi kontrak itu,” kata beliau yang terlibat di dalam industri pertahanan negara.

Yavuz
Yavuz

 

Bagaimanapun, sudah semestinya syarikat MA Analytics berada di hadapan dalam persaingan kerana ia telah pun diberikan LOI dan kini sedang giat menjalankan rundingan dengan Kementerian Kewangan.

Tiada syarikat lain dalam persaingan mengadakan rundingan dengan Kementerian Kewangan.

Ditanya rakan tempatan kepada syarikat pembuat sistem SPH 155mm “Eva” daripada Slovakia itu, sumber itu enggan mendedahkan identiti syarikat tempatan itu.

Bagaimanapun katanya, syarikat tempatan itu bukan calang-calang dan telah pun memenangi beberapa kontrak besar daripada Kementerian Pertahanan sebelum ini.

“Ia adalah sebuah syarikat yang besar dan berpengalaman,” katanya.

Eva
“Eva’ 155mm SPH

 

Sistem meriam bergerak “Eva” itu dibangunkan oleh syarikat Slovakia, Konstrukta Defence dengan separuh daripada perbelanjaan pembangunan sistem meriam itu dibiayai oleh Kementerian Pertahanan negara itu.

Sistem “Eva” itu hanya didedahkan pada awam pada tahun 2015.

Ia adalah berdasarkan kepada kenderaan Tatra T810 6×6 dan menggunakan meriam 155mm/L52 dan ia mampu membedil semua peluru mengikut standard NATO.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Sistem yang dikatakan dibangunkan di dalam tempoh 9 bulan sahaja itu, boleh melepaskan lima bedilan dalam satu minit atau 12 bedilan dalam tempoh tiga minit.

Jika menggunakan peluru Rocket-Assisted Projectile (RAP), meriam boleh melepaskan bedilan sejauh 41km.

Menggunakan kenderaan seberat 22 tan, sistem “Eva” itu dikendalikan oleh tiga orang krew iaitu komander, gunner dan pemandu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

Comments
Loading...