Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Meriam SPH “CAESAR” Terkulai, Jadi Mangsa Dron Berani Mati Russia, “Lancet”

Menurut badan pemerhati persenjataan (arms tracker) di Ukraine, sejak diperkenalkan di medan peperangan, tentera Ukraine telah kehilangan sebanyak empat buah meriam SPH “CAESAR” buatan Perancis itu akibat serangan tentera Russia.

0 1,525

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak Mei tahun lepas, Perancis telah membekalkan sejumlah kira-kira 30 buah meriam Self Propelled Howitzer (SPH) 155mm “CAESAR” kepada tentera Ukraine bagi digunakan terhadap kedudukan tentera Russia.

Menurut badan pemerhati persenjataan (arms tracker) di Ukraine, sejak diperkenalkan di medan peperangan, tentera Ukraine telah kehilangan sebanyak empat buah meriam SPH “CAESAR” buatan Perancis itu akibat serangan tentera Russia.

Dua daripada kemusnahan sistem meriam SPH “CAESAR” buatan Perancis yang digunakan oleh tentera Ukraine itu adalah disebabkan oleh serangan-serangan dron berani mati “Lancet” yang berkesan dalam memburu meriam-meriam bergerak itu.

CAESAR

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Russia telah meningkatkan penggunaan dron-dron berani mati “Lancet” terutamanya terhadap senjata-senjata negara Barat yang dibekalkan kepada tentera Ukraine.

Kejadian terbaru berlaku pada 26 Ogos yang lalu di Veselyi Hai, wilayah Donetsk Oblast dimana dron berani mati “Lancet” telah memburu sebuah SPH “CAESAR” milik tentera Ukraine dan memusnahkannya.

Dron berani mati (loitering munitions) “Lancet” buatan syarikat Russia, ZALA Aero yang digunakan dalam serangan terhadap meriam SPH “CAESAR” itu boleh berlegar-legar di ruang udara kawasan sasaran dan menyerang apabila sasaran telah dikenalpasti.

Kejayaan penggunaan dron berani mati “Lancet” terhadap meriam SPH “CAESAR” menunjukkan perubahan cara peperangan dilaksanakan, dengan sistem persenjataan tradisional kini berhadapan dengan corak serangan udara yang baru.

Anggota tentera kini terpaksa memikirkan kaedah-kaedah baru untuk melindungi aset-aset meriam daripada “serangan udara” dron-dron berani mati seperti “Lancet”.

Namun apa yang lebih penting adalah, kemusnahan sebuah lagi sistem meriam SPH “CAESAR” buatan Perancis itu membimbangkan penganalisis tentera Barat kerana tentera Ukraine amat bergantung kepada meriam itu untuk membedil kedudukan tentera Russia.

Ukraine
Tentera Ukraine membedil kedudukan tentera Russia menggunakan sistem meriam bergerak CAESAR 155mm disumbangkan oleh Perancis.
Lancet-3
Dron Lancet

 

Selain membekalkan meriam-meriam SPH “CAESAR”, Perancis turut “mendermakan” ribuan peluru artilleri termasuk BONUS Smart Munitions.

Dikenali kerana mobilitinya, kuasa tembakannya dan jarak operasinya, sistem meriam “CAESAR” dikatakan adalah senjata “game-changer” untuk tentera Ukraine.

Namun tidak semuanya baik tentang sistem meriam SPH “CAESAR” yang dibekalkan oleh Perancis itu. Sebagaimana didakwa oleh akhbar negara itu, “Le Figaro.”

Bagi membantu tentera Ukraine berhadapan dengan tentera Russia, Perancis didakwa telah membekalkan 18 buah sistem meriam SPH “CAESAR” beberapa bulan lepas untuk digunakan oleh tentera negara Eropah Timur itu.

Bagaimanapun selepas digunakan secara intensif oleh tentera Ukraine, 16 daripada 18 meriam “CAESAR” itu mengalami kerosakan yang serius.

CAESAR
Meriam CAESAR 155mm 52 cal dengan kenderaan 8×8.

 

Menurut akhbar Perancis itu,  laras meriam (barrels) sistem “CAESAR” itu mengalami kerosakan akibat kadar penggunaan (tembakan) yang tinggi oleh tentera Ukraine dan memerlukan baikpulih dengan kadar segera.

Perancis merupakan antara negara yang aktif membekalkan pelbagai jenis senjata kepada Ukraine daripada sistem meriam bergerak “CAESAR” kepada meriam 155mm TRF1, sistem pertahanan udara “CROTALE”, kereta perisai dan peluru berpandu anti-kereta kebal serta periuk api. — DSA

Donlod

 

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...