Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Misi Pengintipan Kapal Perancis “FS Dupuy de Lome” Di Luar Pantai China

Tidak pasti apa yang mahu dicari oleh kapal tentera laut Perancis itu, tetapi apa yang pasti ia menjalankan kerja-kerja pengintipannya daripada luar perairan milik China di kawasan perairan antarabangsa.

1,544

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa hari lepas, sebuah kapal “pengintip” milik Tentera Laut Perancis, FS Dupuy de Lome dikesan belayar di perairan timur daerah Lianyun, di pesisir pantai China, berkemungkinan untuk suatu misi pengumpulan maklumat perisikan.

Tidak pasti apa yang mahu dicari oleh kapal tentera laut Perancis itu, tetapi apa yang pasti ia menjalankan kerja-kerja pengintipannya daripada luar perairan milik China di kawasan perairan antarabangsa.

Tetapi memang amat jarang-jarang berlaku sebuah kapal milik tentera laut Perancis beroperasi begitu hampir dengan China, apatah lagi melibatkan misi pengintipan.

Berkemungkinan besar juga China turut menghantar beberapa buah kapal tentera lautnya untuk “shadow” kapal pengintip Perancis.

Apa yang dilakukan oleh kapal FS Dupuy de Lome ini bukan sesuatu yang pelik tetapi selalu berlaku dengan kejadian terbaru adalah dua minggu lepas apabila Russia menghantar kapal pengintipnya, “Kareliya” (SSV-535) ke Pulau Hawaii untuk mengintip ujian pelancaran peluru berpandu tentera Amerika Syarikat.

FS Dupuy de Lome
Kapal pengintip FS Dupuy de Lome di luar pantai China untuk kerja-kerja pengintipan.

 

“Kareliya”, sebuah kapal kelas-Vishnya “intelligence collection vessel” berada di perairan antarabangsa berhampiran Pulau Hawaii untuk memantau pelancaran peluru berpandu SM-6 untuk memintas peluru berpandu ballistic jarak sederhana.

Dalam ujian peluru berpandu itu, SM-6 gagal memintas peluru berpandu ballistic itu.

So apa yang berlaku di Pulau Hawaii itu berkemungkinan besar adalah sama dilakukan oleh kapal tentera laut Perancis, FS Dupuy de Lome.

Memandangkan ia merupakan sebuah kapal Signal Intelligence (SIGINT) yang direka untuk mengumpul/memintas maklumat-maklumat Signal dan Communication pihak musuh, maka kemungkinan ia juga sedang dalam misi “mengumpul” maklumat perisikan tentera China.

FS Dupuy de Lome

Setakat ini tiada laporan media mengatakan tentera China sedang bersiap-sedia untuk melancarkan peluru berpandu atau mengadakan latihan secara besar-besar di kawasan perairan berhampiran Lianyun.

Kapal FS Dupuy de Lome yang memasuki perkhidmatan tentera laut Perancis pada 2006 ini mengambil nama sempena seorang jurutera Perancis pada kurun ke-19 iaitu Henri Dupuy de Lome.

Kapal ini memilik berat 3,100-3,600 tan mampu membawa krew sebanyak 150 orang termasuk kira-kira 80 orang technician.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.