Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Russia, “Kareliya” (SSV-535) “Mengintip” Di Luar Pantai Pulau Hawaii

Berpengkalan di Vladivostok, “Kareliya” adalah kapal jenis Auxiliary General Intelligence (AGI) daripada kelas-Vishnya dan merupakan salah satu daripada tujuh buah kapal “pengumpul maklumat perisikan” seumpama di dalam Tentera Laut Russia. 

0 1,282

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa hari lepas, sebuah kapal pengintip Russia dikenalpasti dengan nama “Kareliya” (SSV- 535) dikesan beroperasi di luar pantai barat pulau Hawaii.

Berpengkalan di Vladivostok, “Kareliya” adalah kapal jenis Auxiliary General Intelligence (AGI) daripada kelas-Vishnya dan merupakan salah satu daripada tujuh buah kapal “pengumpul maklumat perisikan” seumpama di dalam Tentera Laut Russia.

Kapal “Kareliya” ini dikategorikan sebagai kapal Signal Intelligence (SIGINT) – memintas dan decipher  (merungkai) transmisi signal  pihak musuh.

Ia adalah sebuah kapal pengintip.

“U.S Pacific Fleet menyedari tentang kehadiran sebuah kapal tentera laut Russia beroperasi di perairan antarabangsa berhampiran dengan Pulau Hawaii dan akan terus memantau pergerakan mereka sepanjang keberadaan mereka,” kata jurucakap U.S Pacific Fleet kepada USNI.

Barking Sands
Pacific Missile Range facility di Barking Sands, Hawaii

 

Menurut jurucakap itu lagi,  pihaknya menggunakan pesawat peronda maritim dan kapal-kapal untuk memantau segala pergerakan kapal-kapal di kawasan operasi Indo-Pacific.

Menurut seorang pegawai kanan tentera Amerika Syarikat, kapal pengintip Russia itu beroperasi di dalam lingkungan undang-undang antarabangsa dan tidak mendatangkan bahaya terhadap pelayaran dan navigasi kapal-kapal lain.

Ketika berada di berhampiran Pulau Hawaii, kapal pengintip “Kareliya” itu tidak mengaktifkan sistem Automatic Identification System (AIS) bagi mengelakkan ia dikenalpasti.

Para penganalisis OSINT (Open Source Intelligence) menjejaki kedudukan kapal pengintip Russia itu berada kira-kira 13 batu di barat Pulau Kauai, Hawaii tetapi berada di luar kawasan perairan milik Amerika Syarikat.

Apa yang menarik di Pulau Kauai, Hawaai sehingga sebuah kapal pengintip Russia mendekatinya?

Barking Sands
Pacific Missile Range Facility di Barking Sands, Hawaii

 

Sebenarnya, Pulau Kauai itu menempatkan kemudahan ketenteraan Amerika Syarikat yang penting iaitu “Pacific Missile Range Facility Barking Sands” di mana agensi-agensi tentera negara itu menguji pelbagai jenis peluru berpandu mereka.

Mungkin itu yang menarik perhatian “Kareliya”.

Dikatakan kehadiran kapal pengintip “Kareliya” itu telah menyebabkan pihak tentera Amerika Syarikat menangguhkan ujian pelancaran peluru berpandu SM-6, walaupun sehingga kini tiada pengesahan mengenai perkara itu.

Kapal pengintip Russia ini ditauliahkan dalam Tentera Laut Russia pada 1986 dan telah menjalani pelbagai usaha menaiktaraf.

Pada 2017, sebuah lagi kapal pengintip Russia daripada kelas-Vishnya iaitu “Viktor Leonov” dikesan berada kira-kira 30 batu nautika di luar pantai Connecticut, Amerika Syarikat.

Kareliya
Kareliya SSV-535

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...