Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Nota Diplomatik Pencerobohan Pesawat China Diserahkan Pada Duta China Khamis – Wisma Putra

Kementerian Luar mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.

0 1,021

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Wisma Putra telah pun menyerahkan nota diplomatik berkenaan insiden “penerbangan mencurigakan” pesawat-pesawat tentera China di ruang udara nasional kepada duta besar negara itu di Malaysia pada Khamis lepas (3 Jun 2021).

Kementerian Luar mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 31 Mei,  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesan “penerbangan mencurigakan” 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China/ People’s Liberation Army- Air Force (PLAAF) memasuki ruang udara ZMM, Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional.

Penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar. “

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM. (kredit TUDM)

 

“Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” menurut TUDM dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Kementerian Luar yang juga dipanggil Wisma Putra berkata,  Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga akan membangkitkan isu mengenai pencerobohan pesawat China itu pada mesyuarat khas Menteri Luar ASEAN-China Isnin ini (7 Jun) di Chongqing.

Ia berkata, pertemuan di antara Hishammuddin dan rakan sejawatannya daripada China di luar mesyuarat khas itu akan cuba mencari jalan penyelesaian supaya insiden pencerobohan di ruang udara itu tidak berulang.

Bagaimanapun, Menteri Luar perlu juga diingatkan bahawa pencerobohan itu bukan hanya berlaku di ruang udara tetapi juga di kawasan perairan terutamanya di kawasan perairan sekitar Beting Patinggi Ali yang kaya dengan minyak dan gas.

Kena ingat tu Menteri Luar, pencerobohan China juga berlaku di kawasan perairan dan insiden terbaru berlaku semalam, sebagaimana yang dilaporkan oleh Defence Security Asia. (admin sertakan sekali link)

Mesyuarat khas itu adakah di atas jemputan Menteri Luar bersempena dengan sambutan 30 tahun hubungan dialog antara ASEAN dan China.

Kesemua menteri luar negara-negara ASEAN dan Setiausaha Agung kumpulan serantau itu juga akan hadir pada mesyuarat itu.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...