Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia Tidak Akan Memanjangkan Pertikaian Isu Pencerobohan Pesawat Tentera China – Pakar

Malaysia dijangka tidak akan “rock the boat” (menggoncang)  dalam isu hubungannya dengan China, malah akan sedaya upaya mengekalkan hubungan baik dengan Beijing, walau berhadapan dengan isu pencerobohan pesawat China.

0 3,288

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Disebabkan masalah ekonominya yang meruncing dan kekuatan tentera udaranya yang disifatkan “under strength” dan “under resourced”, Malaysia dijangka tidak akan memanjangkan pertikaiannya dengan China berhubung isu pencerobohan 16 pesawat tenteranya baru-baru ini.

Malaysia dijangka tidak akan “rock the boat” (menggoncang)  dalam isu hubungannya dengan China, malah akan sedaya upaya mengekalkan hubungan baik dengan Beijing, walau berhadapan dengan isu serius membabitkan pencerobohan pesawat tentera China.

Itulah pandangan yang disuarakan oleh felo penyelidikan di S Rajaratnam School of International Studies, Collin S Koh sebagaimana dipetik oleh portal “South China Morning Post.”

Walaupun pandangan pakar itu pedih untuk diterima, tetapi itulah realitinya pada masa ini.

Satu dunia tahu bahawa disebabkan tentera udara kita “under strength” dan “under resourced”, maka negara seperti China telah mengambil kesempatan untuk “menakut-nakutkan” kita dengan menghantar pesawat-pesawat tenteranya.

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM. (kredit TUDM)

 

Itu adalah kesan daripada sikap acuh tidak acuh dan sambil lewa selama berdekad-dekad lamanya terhadap usaha dan tanggungjawab membangunkan angkatan tentera dan melengkapkannya dengan peralatan terkini.

Menjadikan dasar hubungan luar sebagai our “first line of defence” perlu selari dengan peningkatan kekuatan angkatan tentera.

Angkatan Tentera kita tidak lagi mendatangkan kegerunan terhadap musuh-musuh –  sekaligus menyebabkan mereka kini semakin galak untuk menghantar pesawat-pesawat dan kapal-kapal tentera laut mahu pun pengawal pantai mereka ke ruang udara serta perairan kita.

Mereka tahu kita tidak boleh berbuat apa-apa.

Setiap kali ada usaha untuk memodenkan angkatan tentera, maka akan kedengaranlah suara-suara sumbang terutamanya daripada ahli-ahli politik tempatan seperti “kita nak berperang dengan siapa” , “membazir” dan pelbagai lagi.

Itulah dilemma-nya dan ia kini menghantui kita semua apabila ada sebuah negara menghantar 16 buah pesawat tentera ke ruang udara kita.

Kawan baik

Bukan sahaja Beijing tahu kita tidak boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka juga tahu bahawa kita amat bergantung kepada mereka.

China adalah rakan dagang utama Malaysia dengan dagangan dua hala (bilateral trade) melebihi US$100 biliion setiap tahun.

Xi Jinping tahu bahawa Malaysia amat memerlukan China (duit dan pelaburan syarikatnya) untuk memulihkan ekonomi kita yang terjejas teruk akibat COVID-19 dan sebab itulah walau dalam keadaan pandemik ini, dia (China) terus-menerus “memulas teling kita.”

Selain itu, disebabkan faktor kekurangan bekalan vaksin COVID-19 diseluruh dunia maka kita semakin bergantung terhadap China untuk memenuhi bekalan vaksin dalam negara.

Dan China tahu bahawa kita amat bergantung dengan dia dalam soal bekalan vaksin, apatah lagi masalah COVID-19 dalam negara yang semakin memburuk dengan kadar jangkitan dan kematian akibat penyakit itu melambung tinggi.

“Itu (bekalan vaksin) adalah insentif tambahan untuk Malaysia mengekalkan hubungan baiknya dengan China,” kata Koh.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...