Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mesir Terima Peluru Berpandu “Vikhr” Untuk Helikopter Bersenjata, KA-52 “Alligator”

Pada 2015, Kaherah dan agensi pertahanan Russia, ROSOBORONEXPORT telah menandatangani perjanjian pada 2015 untuk memperolehi 46 buah helikopter penyerang KA-52 dengan helikopter-helikopter bersenjata itu mula dihantar pada tempoh 2017 hingga 2019.

3,666

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dikala ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah, Mesir dilaporkan telah menerima sejumlah besar peluru berpandu anti-kereta kebal jarak jauh “Vikhr-1” untuk kegunaan helikopter penyerang, KA-52 “Alligator” yang diperolehinya daripada Russia.

Mesir merupakan pengguna tunggal helikopter penyerang KA-52 diluar Russia.

Pada 2015, Kaherah dan agensi pertahanan Russia, ROSOBORONEXPORT telah menandatangani perjanjian pada 2015 untuk memperolehi 46 buah helikopter penyerang KA-52 dengan helikopter-helikopter bersenjata itu mula dihantar pada tempoh 2017 hingga 2019.

Ia sekaligus menjadikan Mesir sebagai pengguna eksport helikopter bersenjata itu.

Mesir menggunakan varian helikopter bersenjata KA-52K (Katran) bagi membolehkan ia beroperasi daripada atas dek penerbangan di dua buah kapal amphibious assault ship kelas-Mistral miliknya yang diperolehi daripada Perancis.

Kedua-dua buah kapal kelas-Mistral itu, Gamal Abdel Nasser (dahulu dikenali Vladivostok) dan Anwar Al-Sadat (dahulu dikenali Sevastopol) diperolehi oleh Mesir pada 2015 selepas Russia sebagai pembeli asal kapal itu dikenakan sekatan ekonomi yang menghalang penghantaran kepada-dua buah kapal itu kepada Moscow.

Mesir

Pembelian kedua-dua buah kapal yang dibina oleh syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS (kini Naval Group) dipercayai dibiayai oleh Arab Saudi.

Selain helikopter bersenjata KA-52 yang diperolehinya daripada Russia,  Mesir juga membeli puluhan helikopter bersenjata Apache daripada Amerika Syarikat.

Peluru berpandu anti-kereta kebal jarak jauh “Vikhr” (dikenali AT-16 Scallion) merupakan peluru berpandu yang menggunakan sistem panduan laser-beam riding untuk membedil sasaran daratannya.

Menggunakan kepala peledak Tandem HEAT Charge, peluru berpandu anti-kereta kebal “Vikhr” itu mampu membedil sasaran sejauh di antara 10-12km.

Dibangunkan oleh firma pembuat peluru berpandu terkenal Russia, KBP Instrument Design Bureau, peledak peluru berpandu anti-kereta kebal “Vikhr” itu mampu menembusi kira-kira 1000mm ketebalan armor kereta kebal.

Dengan keupayaan menumpaskan ketebalan armor sehingga 1000mm, peluru berpandu “Vikhr” mampu memusnahkan kesemua kereta kebal utama yang berada di pasaran pada ketika ini.

Mesir
Peluru berpandu “Vikhr” (AT-16 Scallion)

 

Sementara itu, helikopter bersenjata Ka-52K itu dibangunkan oleh firma pembuat helikopter, Kamov Design Bureau dan adalah satu-satunya helikopter bersenjata yang mempunyai ejection seat.

Mula beroperasi dengan Angkatan Tentera Russia pada tahun 1995, helikopter bersenjata KA-52 “Alligator” itu telah menjalani beberapa usaha penambahbaikan dan yang terbaru selepas menempuh “tempoh yang sukar” pada permulaan konflik di Ukraine.

Laporan oleh media Barat menyatakan Russia kehilangan sehingga 25 peratus daripada helikopter bersenjata KA-52 terutamanya kepada sistem pertahanan udara lancaran bahu yang dibekalkan oleh negara Barat kepada Ukraine.

Bagaimanapun, selepas tempoh yang sukar itu Russia mula menukar strategi dan menaiktaraf helikopter bersenjatanya itu dan kini KA-52 memainkan peranan penting dalam kempen ketenteraan Moscow di Ukraine.

Terbaru, Russia dilaporkan sedang menaiktaraf helikopter bersenjatanya KA-52M “Alligator” dengan melengkapkannya dengan apa yang disebut sebagai “ventral all around radar station” bagi membolehkannya menangani lebih banyak sasaran.

Penganalisis tentera Russia juga berkata bahawa dengan kemampuan radar all-round yang baru, helikopter bersenjata KA-52 itu juga boleh bertindak sebagai helikopter peninjau (reconnaissance) dan memberikan data-data kritikal sasaran kepada aset-aset lain di medan peperangan.

Mesir

Kesemua sistem itu direka untuk beroperasi dalam semua jenis keadaan cuaca, siang dan malam serta di dalam keadaan persekitaran itu yang penuh dengan “gangguan” elektronik yang membataskan kemampuan helikopter-helikopter bersenjata yang lain.

“Helikopter bersenjata Ka-52 akan menerima all-around radar yang baru yang beroperasi dalam jarak-sentimeter.

“Dengan kemampuan baru ini, helikopter bersenjata itu akan berupaya mengesan lebih banyak sasaran udara dan darat seperti pesawat-pesawat kombat musuh, helikopter, pesawat tanpa pemandu,kedudukan artilleri dan tentera dan pelbagai lagi,” menurut penganalisis itu kepada media Russia, RIA-Novosti.

Sistem persenjataan varian terkini helikopter bersenjata itu kini juga dilengkapi dengan sistem persenjataan daripada Izdeliye 305 (Product 305) yang membolehkannya menangani sasaran-sasaran yang lebih kecil dan kereta-kereta perisai serta kereta kebal dalam keadaan penglihatan terhad.

Mesir

Menteri Pertahanan Russia Sergey Shoigu meminta pereka-pereka helikopter bersenjata itu supaya terus menaiktaraf kemampuan helikopter penyerang itu dan memberikan perhatian terhadap keselamatan krewnya.

“Kelebihan” tentera Russia di medan peperangan di Ukraine kini dicapai selepas helikopter penyerang itu dilengkapkan dengan peluru berpandu anti-kereta kebal dengan jarak yang lebih jauh, sekaligus meningkatkan lagi keberkesannya untuk memusnahkan sasaran darat terutamanya kenderaan armor tentera yang digunakan oleh Ukraine ketika fasa serangan balas ketika ini.

“Russia kini memiliki kelebihan sementara di selatan Ukraine, terutama dengan helikopter bersenjatanya KA-52 menggunakan peluru berpandu dengan jarak yang lebih jauh terhadap sasaran-sasaran darat,” menurut laporan Kementerian Pertahanan United Kingdom. — DSA

(BACA LEBIH BANYAK BERITA TENTANG HELIKOPTER KA-52)

Notis

Comments are closed.