Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Rafah: Mesir dan Israel di Ambang Peperangan?

Amaran keras kerajaan Mesir terhadap Israel itu sebagaimana dilaporkan oleh Wall Street Journal,  menimbulkan kemungkinan akan berlakunya konflik bersenjata di antara kedua-dua negara berjiran itu yang pernah beberapa kali terbabit dalam peperangan sesama sendiri sebelum ini.

0 1,771

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mesir memberi amaran keras kepada Israel bahawa ia akan menggantung perjanjian damai yang ditandatangani kedua-dua negara pada 1979 sekiranya tentera Yahudi menggempur Rafah sehingga memaksa penduduk Palestin menyelamatkan diri ke Semenanjung Sinai.

Amaran keras kerajaan Mesir terhadap Israel itu sebagaimana dilaporkan oleh Wall Street Journal,  menimbulkan kemungkinan akan berlakunya konflik bersenjata di antara kedua-dua negara berjiran itu yang pernah beberapa kali terbabit dalam peperangan sesama sendiri sebelum ini.

Pegawai-pegawai tentera Mesir sebagaimana dilaporkan oleh agensi berita Reuters menyatakan bahawa Kaherah telah mengerahkan kira-kira 40 buah kereta kebalnya ke kawasan sempadan negara itu dengan Rafah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan.

Sejak beberapa hari ini, tentera Israel telah mengeluarkan arahan kepada lebih daripada 1 juta pelarian Palestin yang melarikan diri ke Rafah daripada utara Gaza supaya meninggalkan kawasan itu dengan segera kerana Tel Aviv akan melaksanakan operasi ketenteraan.

Hamas dan beberapa kerajaan negara Arab menyatakan bahawa operasi tentera Israel terhadap Rafah berkemungkinan besar akan menyebabkan ribuan lagi penduduk Palestin yang tidak bersalah terbunuh.

Mesir
Tentera Mesir

 

Amerika Syarikat juga telah menyuarakan bantahannya kepada Israel berhubung cadangan operasi tentera di Rafah, menyatakan tindakan oleh Tel Aviv itu adalah salah.

Rafah, yang terletak di sempadan Gaza dan Mesir merupakan bandar utama Palestin terakhir yang belum dicerobohi oleh tentera Israel sehingga kini dan merupakan kawasan terlindung daripada serangan besar-besaran negara itu sejak empat bulan yang lalu.

Ia menjadi penempatan bagi lebih daripada 1 juta penduduk Palestin yang melarikan diri daripada bandar-bandar di utara Gaza selepas Israel memulakan operasi darat beberapa bulan yang lalu.

Dan kini Rafah yang menjadi kawasan pelindungan untuk penduduk Palestin bakal digempur oleh tentera Israel.

Pemerhati di Mesir mendakwa Israel mempunyai agenda jahat iaitu menggunakan operasi tentera yang sedang dilaksanakannya di Semenanjung Gaza untuk mengusir penduduk Palestin ke kawasan padang pasir di Semenanjung Sinai milik Mesir.

Tindakan Israel itu dikecam keras oleh kerajaan Mesir.

Mesir

Kerajaan Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dilaporkan mahu “mengosongkan” Semenanjung Gaza daripada penduduk Palestin, bagi membolehkannya menduduki semula Semenanjung Gaza.

Sebagaimana dilaporkan oleh Wall Street Journal, pegawai-pegawai kanan Mesir telah memberikan amaran kepada Israel bahawa sebarang tindakan yang menyebabkan penduduk Palestin melarikan diri ke Semenanjung Sinai akan menyebabkan pergantungan perjanjian damai di antara kedua-dua negara.

Selain kenyataan pegawai-pegawai Israel yang mahu “mengusir” penduduk Palestin ke Semenanjung Sinai, Tel Aviv juga telah menyatakan niatnya untuk memasuki kawasan sepanjang 14km di sempadan kedua-dua negara dinamakan “Philadelphi Corridor”.

Selama kini, Kaherah membantah sebarang cubaan daripada Israel untuk mengawal kawasan di sempadan kedua-dua negara yang dinamakan “Philadelphi Corridor” itu. — DSA

Notis

 

Comments
Loading...