Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peralatan Navigasi Pesawat Ukraine “Lumpuh” Akibat Serangan Elektronik Russia

Agensi berita Russia, RIA NOVOSTI berkata, “gangguan” yang kuat sehingga menyebabkan peralatan navigasi pesawat-pesawat kombat Ukraine itu gagal berfunsgi disebabkan oleh serangan elektronik oleh sistem peperangan elektronik tentera Russia dikenali dengan panggilan “Krasukha.”

0 3,543

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Laporan dari Russia mendakwa tentera Ukraine terpaksa membatalkan penerbangan pesawat-pesawat kombatnya selepas peralatan navigasi pesawat terbabit mengalami “gangguan” yang kuat sehingga menyebabkan komponen penting itu gagal berfungsi.

Jika penerbangan pesawat-pesawat kombat Ukraine itu diteruskan, ia akan membahayakan keselamatan juruterbang dan pesawat itu kerana mereka diibaratkan seperti seorang yang “buta” selepas peralatan navigasi mereka diganggu.

Agensi berita Russia, RIA NOVOSTI berkata, “gangguan” yang kuat sehingga menyebabkan peralatan navigasi pesawat-pesawat kombat Ukraine itu gagal berfunsgi disebabkan oleh serangan elektronik oleh sistem peperangan elektronik tentera Russia dikenali dengan panggilan “Krasukha.”

Menurut laporan itu lagi, sistem peperangan elektronik Russia itu boleh “menganggu” hampir kesemua segala peralatan elektronik yang digunakan oleh pesawat-pesawat kombat tentera Ukraine, menyebabkan ia gagal melakukan penerbangan.

Sistem peperangan elektronik “Krasukha” berkesan terhadap aset-aset elektronik musuh pada kedudukan 150km.

Krasukha
“Krasukha EW”

 

Terdahulu pada 13 Sept yang lalu, Kementerian Pertahanan Russia menyatakan bahawa sistem peperangan elektronik “Krasukha S-4” yang digunakan oleh anggota tentera telah berjaya memaksa pesawat-pesawat pejuang Ukraine untuk terbang dengan lebih rendah bagi mengesan dikesan oleh sistem pertahanan udara.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tentera Russia dilaporkan telah meningkatkan penggunaan sistem peperangan elektroniknya termasuk “Krasukha” dan menggunakan aset-aset peperangan elektroniknya dengan lebih agresif.

Seawal pertengahan tahun lepas, laporan-laporan daripada barisan hadapan di medan peperangan telah mula “bercakap” tentang penggunaan sistem peperangan elektronik “Krasukha” oleh pihak tentera Russia.

Sasaran utama sistem peperangan elektronik “Krasukha” Russia pada ketika itu adalah untuk “membutakan” dron-dron milik tentera Ukraine yang digunakan untuk mengambil imej-imej kedudukan serta aset-aset tentera Russia.

Laporan menyatakan bahawa usaha “membutakan” dron-dron daripada mengambil imej-imej di barisan hadapan medan peperangan tidak menggunakan kuasa elektrik yang tinggi, berbanding, usaha “mengganggu” peralatan navigasi yang memerlukan kuasa elektrik yang tinggi.

Russia membangunkan sistem peperangan “Krasukha” untuk melindungi aset-aset daratnya daripada serangan musuh selain mengelak sebarang pengesanan (detection).

Krasukha
“Krasukha EW”

 

Setakat ini, sistem peperangan “Krasukha” yang dibangunkan oleh pihak industri pertahanan Russia itu mempunyai pelbagai varian untuk melakukan pelbagai “tugas dan misi.”

Sistem peperangan “Krasukha-2” digunakan untuk menghalang sebarang usaha pengesanan oleh aset udara atau radar manakala “Krasukha-4” pula dibangunkan untuk “menganggu” peluru berpandu, frekuensi radio dan datalinks.

Sementara itu “Moscow-1” pula adalah untuk mengesan dan mengkaji ancaman di keseluruhan specktrum frekuensi radio.

Apabila kesemua varian sistem “Krasukha” ini digabungkan dalam penggunaannya, ia berkemampuan melindungi aset-aset Russia itu daripada pemerhatian dan serangan pihak musuh daripada ratusan kilometer.

Sistem peperangan elektronik Russia itu mampu menganggu pesawat pejuang, helikopter, dron, aerostat, radar, x-band guidance radar, signal GPS, peluru berpandu menggunakan frekuensi radio, bom-bom luncuran (glide) dan data links.

Baru-baru ini, laporan oleh badan pemikir terkenal United Kingdom menyatakan  bahawa tindakan jamming oleh tentera Russia sangat berkesan sehingga ia membuatkan tentera Ukraine, Amerika Syarikat dan NATO tidak dapat memastikan sama ada senjata-senjata canggih mereka seperti JDAM dan HIMARS berkemampuan membedil sasaran mereka dengan tepat.

Storm Shadow
Anggota tentera Russia memeriksa salah satu peluru berpandu “Storm Shadow”yang gagal meletup.

 

Itu adalah kesimpulan yang dibuat oleh badan pemikir United Kingdom terbabit, Royal United Services Institute (RUSI) baru-baru ini.

“Jamming tidak menyebabkan JDAM tidak dapat digunakan, tetapi ia meningkatkan risiko senjata pintar tidak membedil  sasarannya dengan tepat,” menurut penyelidik RUSI, Thomas Withington.

Walaupun langkah-langkah anti-jamming boleh menangani masalah itu tetapi sistem peperangan elektronik Russia berkemampuan untuk “menenggelamkan” signal GPS daripada satelit, kata kajian badan pemikir itu.

“Masalahnya adalah kekuasaan signal jamming (oleh sistem peperangan elektronik Russia) yang tidak mampu ditangani,” kata Withington.

Sebenarnya, Amerika Syarikat telah pun mengeluarkan amaran tentang kemampuan jamming oleh sistem-sistem peperangan elektronik Russia dalam satu dokumen yang dibocorkan pada April lalu, yang menyentuh tentang penurunan tahap ketepatan senjata-senjata “pintar” negara itu termasuk JDAM dan HIMARS. — DSA

 

Comments
Loading...