Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Peluru Berpandu Anti Armor “Vikhr-1” Saingan Kepada “Hellfire”

Peluru berpandu anti-kereta kebal “Vikhr-1” berpandukan laser itu telah dibangunkan oleh Kalashnikov Group.

0 1,427

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Russia baru-baru ini menunjukkan kemampuan helikopter penyerang Kamov KA-52 “Alligator” melancarkan peluru berpandu anti-kereta kebal “Vikhr-1” yang telah dipertingkatkan kemampuannya.

Peluru berpandu anti-kereta kebal “Vikhr-1” berpandukan laser itu telah dibangunkan oleh Kalashnikov Group.

Peluru berpandu ini boleh memusnahkan sasaran armor daripada jarak 800 meter hingga ke 8km-10km daripada ketinggian 4000 meter.

Setiap sebuah helikopter KA-52 itu boleh membawa sehingga 16 buah peluru berpandu “Vikhr-1”menerusi sistem pelancar APU-6 untuk operasi memusnahkan armor atau aset-aset darat yang lain termasuk kubu-kubu dan sistem pertahanan udara.

Ia dikatakan berkemampuan menembusi sehingga 1000mm ketebalan armor, sesuai untuk memusnahkan kereta kebal utama (main battle tanks).

 

Peluru berpandu “Vikhr-1” ini dikatakan adalah pesaing utama kepada peluru berpandu “Hellfire” Amerika Syarikat, tetapi harganya dikatakan jauh lebih rendah berbanding dengan peluru berpandu yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat.

Sebuah peluru berpandu “Vikhr-1” dianggarkan berharga US$28,000 (RM112,000) berbanding harga peluru berpandu “Hellfire” yang dianggarkan berharga US$111,000 (RM444,000) sebuah.

Peluru berpandu anti-kereta kebal “AGM-114  Hellfire” itu merupakan peluru berpandu utama yang digunakan oleh helikopter penyerang Apache.

Vikhr-1

Selain digunakan oleh helikopter penyerang KA-52, peluru berpandu “Vikhr-1” juga digunakan helikopter kombat lain termasuk Mil-Mi-24 dan lain-lain.

Peluru berpandu “Vikhr-1” juga digunakan oleh pesawat Su-25 untuk tujuan serangan sasaran darat.

Vikhr

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...