Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Greek, Cyprus, Perancis Halang EU Beli Dron, Peluru Turkiye Untuk Kegunaan Ukraine

(VIDEO) Ketiga-tiga buah negara -- Greek, Cyprus dan Perancis tidak mahu sumber kewangan milik Kesatuan Eropah digunakan untuk membeli dron Bayraktar TB2 dan peluru-peluru meriam daripada Turkiye untuk diberikan kepada Ukraine.

0 4,891

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Greek, Cyprus dan Perancis dilaporkan telah menghalang Kesatuan Eropah (EU) daripada menggunakan wangnya untuk membiayai pembelian dron-dron Bayraktar TB2 dan peluru-peluru artilleri daripada Turkiye untuk diberikan kepada Ukraine.

Menurut laporan daripada portal ekathimerini.com, ketiga-tiga negara terbabit yang “bermusuhan” dengan Turkiye telah bertindak memveto cadangan menggunakan wang EU daripada European Peace Fund untuk membiayai pembelian dron dan peluru artilleri daripada Turkiye itu pada mesyuarat Jawatankuasa Politik dan Keselamatan, EU pada minggu lepas.

Tindakan veto oleh Greek, Cyprus dan Perancis pada mesyuarat itu disokong oleh kebanyakkan negara anggota EU.

Ketiga-tiga buah negara itu tidak mahu sumber kewangan EU digunakan untuk membeli dron Bayraktar TB2 dan peluru-peluru meriam daripada Turkiye.

“Menurut sumber diplomatik di Brussels (disifatkan sebagai ibu negara EU), delegasi tetap Greek dan Cyprus menerima maklumat sejak beberapa ketika bahawa Turkiye akan menerima pesanan senjata dan dron yang akan dibiayai menggunakan sumber kewangan EU untuk kegunaan kecemasan,” menurut portal berita itu.

 

Apabila pesanan untuk dron Bayraktar TB2 dan peluru artilleri pada Turkiye itu disahkan, maka delegasi tetap daripada Greek, Cyprus dan Perancis telah bergerak dengan pantas untuk menghalang tindakan itu.

Ketiga-tiga negara terbabit menggunakan alasan bahawa sumber kewangan daripada EU perlu digunakan untuk membeli senjata-senjata yang dibuat oleh negara-negara anggota kesatuan tersebut.

Turkiye bukanlah negara anggota EU.

Menurut laporan oleh media-media Greek, kerajaan negara itu mengakui bahawa keputusannya itu dipengaruhi oleh kehendak untuk memastikan otonomi pertahanan Eropah dan kerana ia tidak mahu menyokong industri pertahanan Turkiye.

Sementara itu Perancis pula memberikan alasan bahawa duit milik Eropah perlu digunakan dengan berkesan dan hanya untuk menyokong warga Eropah.

Meriam

Bagaimanapun tidak ada negara-negara anggota Eropah yang berkemampuan untuk membekalkan peralatan ketenteraan diperlukan oleh Ukraine dengan cepat, sebagaimana yang boleh dilakukan oleh industri pertahanan Turkiye.

Sumber kewangan European Peace Fund itu didapati negara-negara anggota EU, dengan Jerman muncul sebagai negara EU yang paling banyak menyumbang.

Bagaimanapun Jerman dilaporkan tidak membantah sumber kewangan European Peace Fund itu digunakan untuk membeli senjata-senjata keluaran Turkiye bagi membantu tentera Ukraine. — DSA

(READ MORE: LAGI BERITA TENTANG DRON BAYRAKTAR TB2 TURKIYE)

Notis

 

Comments
Loading...