Media India Letak “Hurjet” Pesaing Utama “Tejas” Dlm Tender FLIT/LCA TUDM
Daripada segi persaingan pula, dapat diperhatikan daripada laporan-laporan media-media India bahawa mereka meletakkan pesawat Turki “Hurjet” dan bukan FA-50 buatan Korea Aerospace Industries (KAI) atau M-346 buatan Leonardo sebagai pesaing utama “Tejas” untuk tender pesawat FLIT/LCA TUDM.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Media-media utama India memerhati dengan teliti perjalanan tender perolehan pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan sememangnya mereka berharap pesawat “Tejas” yang dibangunkan oleh syarikat negara itu, Hindustan Aerospace Ltd (HAL) akan diisytiharkan sebagai pemenangnya.
Media-media India memiliki keyakinan yang amat tinggi bahawa “Tejas” merupakan pesawat terbaik untuk TUDM dan seterusnya memperolehi kontrak yang dianggarkan bernilai lebih RM4 bilion untuk membekalkan 18-36 buah pesawat FLIT/LCA itu untuk Malaysia.
Kemenangan “Tejas” dalam tender FLIT/LCA Malaysia adalah amat penting untuk India kerana ia bakal menjadi pesawat pejuang buatan tempatan pertama yang berjaya dieksport ke luar negara, sekaligus membuktikan kemampuan industri pertahanannya.
Sebenarnya sasaran utama India sekiranya ia berjaya memperolehi kontrak daripada Malaysia adalah seteru tradisinya iaitu Pakistan dan China.
Ia mahu membuktikan kepada China dan Pakistan serrta dunia luar bahawa India mempunyai industri pertahanan yang berdaya saing, kompetitif dan memiliki pelanggan di seluruh dunia.
Daripada segi persaingan pula, dapat diperhatikan daripada laporan-laporan media-media India bahawa mereka meletakkan pesawat Turki “Hurjet” dan bukan FA-50 buatan Korea Aerospace Industries (KAI) atau M-346 buatan Leonardo sebagai pesaing utama “Tejas” untuk tender pesawat FLIT/LCA TUDM.
Mengapa media-media India memilih “Hurjet” sebagai pesaing utama “Tejas” tidak dapat dipastikan, tetapi ia mungkin kerana pada pendapat mereka tentera Malaysia mempunyai hubungan yang rapat dengan industri pertahanan Turki dan oleh itu lebih condong untuk memilih produk keluaran negara Mediterranean itu.
Bagi admin, pesawat FA-50 keluaran Korea Aerospace Industries (KAI) serta M-346 Leonardo epatutnya diletakkan sebagai pesaing utama “Tejas” untuk memenangi tender Kementerian Pertahanan itu dan bukannya “Hurjet” yang masih lagi berada ditahap pembangunan.
Sebenarnya, “Tejas” bukanlah saingan kepada pesawat FA-50 mahupun M-346 Leonardo tetapi itu hanyalah pendapat peribadi admin.
“Hurjet” hanya dijangka melakukan penerbangan sulungnya pada tahun ini dan memerlukan beberapa tahun lagi sebelum pesawat itu diterima masuk ke dalam perkhidmatan Tentera Udara Turki.
Basically, “Hurjet” pada ketika ini masih merupakan sebuah pesawat prototaip.
Walhal, pesawat T50/FA-50 telah pun mencapai kejayaan yang memberangsangkan di pasaran eksport termasuk di negara-negara serantau dengan negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea Selatan yang mempunyai kira-kira 60 buah FA-50 untuk kegunaan Tentera Udaranya.
Pesawat FA-50 adalah usahasama diantara KAI dengan Lockheed Martin.
Begitu jugalah dengan pesawat FLIT/LCA M-346 Leonardo yang telah menempa kejayaan di pasaran eksport dengan antara pelanggannya termasuklah tentera udara negara jiran kita, Singapura.
Walaupun begitu, Turkish Aeropace Industries (TAI atau Tusas) sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi hati kerajaan Malaysia supaya memilih “Hurjet” sebagai pesawat FLIT/LCA pilihannya.
Bossnya, Prof Temel Kotil dilihat daripada posting Twitter sama ada oleh TAI atau Kedutaan Turki di Malaysia telah“berulang-alik” di antara Istanbul dan Kuala Lumpur akhir-akhir ini untuk bertemu dengan kepimpinan Malaysia.
Antaranya, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Menteri MITI, cuma tak nampak lagi pertemuannya dengan Menteri Pertahanan atau panglima-panglima lagi. (Mungkin telah pun berlangsung ketika pameran DSA 2022 yang berlangsung baru-baru ini)
Baru-baru ini juga, TAI telah menjemput media-media Malaysia ke Turki untuk melihat kemudahannya serta kemampuannya.
Media-media tempatan yang dijemput itu telah pun menghasilkan artikel-artikel hasil lawatan itu yang lebih merupakan kepada “public relations exercise” untuk menonjolkan kemampuan industri pertahanan Turki.
Well, admin bersetuju jika kita dan Turki bekerjasama dalam bidang UAV kerana ia mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas mengenainya, dengan produknya seperti TAI Anka dan Bayraktar TB2 adalah produk yang “battle-proven” dan effektif.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Teknologi Turki dalam UAV/UCAV diperakui, tetapi dalam aspek pembangunan dan pembuatan pesawat pejuang, ia belum mencapai tahap Korea Selatan lagi.
Pesawat pejuang generasi 4.5 “KF-21 Boramae” buatan KAI dijangka melakukan penerbangan sulung pada Jun ini dan ia merupakan petunjuk jelas tentang kemampuan Korea Selatan dalam bidang aeroangkasa.
Bagaimanapun keputusan akhir terletak di tangan pembuat keputusan di Kementerian Pertahanan.– DSA
Comments are closed.