Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kumpulan Penjenayah, Abu Sayyaf Masih Cuba Masuki Sabah

Perintah berkurung itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran dengan orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi.

0 4,235

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kumpulan-kumpulan penjenyah yang melakukan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan pengganas Abu Sayyaf masih cuba untuk menceroboh kawasan dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata oleh kerana itulah perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan sehingga 25 April depan.

Perintah berkurung itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran dengan orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi.

Sabah

“Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.”

“Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan,” ,” katanya dalam kenyataan semalam.

Idris berkata, perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

 sabah

Katanya, ia juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu,” katanya.

ESSZONE atau Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah adalah sebuah zon yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Abdul Razak pada 25 Mac 2013 berikutan dengan krisis pencerobohan yang berlaku di bahagian timur Sabah sebagai tambahan kepada ESSCOM.

 Ianya merangkumi kawasan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

sabah
Anggota ATM dalam satu latihan di Sabah baru-baru ini.

 

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Beberapa bulan lepas, PDRM mengatakan anggota Komando Unit Tindakan Khas (UTK) akan dikerah ke kawasan pantai timur Sabah sebagai sebahagian daripada usaha Polis Diraja Malaysia untuk meningkatkan tahap keselamatan kawasan tersebut.

Kerahan pasukan komando polis itu juga adalah untuk menangani isu berkaitan kumpulan pengganas Abu Sayyaf (ASG), terutamanya berikutan laporan pakar pembuat bom kumpulan pengganas it,  Mudzrimar@Mundi Sawadjaan masih hidup.

Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Mejar Jeneral Nubli Hashim selepas menyaksikan Eksesais Gempur Bara Siri 1/2022 yang diadakan di Pulau Siamil, Sabah juga mengatakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia mengatur-gerak pasukan-pasukan khasnya untuk mengawal kawasan-kawasan yang dianggap sebagai “blind spot” di negeri itu. — DSA

Comments
Loading...