Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

FA-50 Block 20 Untuk TUDM? KAI Tawar Varian Paling Berkemampuan

Varian FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) kepada Malaysia adalah varian yang lebih berkeupayaan dengan kemampuan melaksanakan Air-to-Air Refuelling (AAR) dan melancarkan pelbagai Precision Guided Munitions (PGM). Varian FA-50 Block 20 ini jika dipertingkatkan lagi boleh menjadi varian MRCA (Multi Role Combat Aircraft).

0 11,100

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) telah menawarkan varian terkini dan paling berkemampuan,  FA-50 Block 20 dalam tender Kementerian Pertahanan untuk perolehan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA).

Perkara itu disahkan oleh Maj (B) Mohd Iswandi Mohd Sharif, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kemalak Systems Sdn Bhd, yang merupakan rakan kerjasama tempatan bagi syarikat pembuat pesawat dan pertahanan Korea Selatan itu.

“(Sekiranya pesawat FA-50 Block 20 terpilih) Malaysia dan TUDM adalah negara pertama rantau ini yang menggunakan varian FA-50 Block 20 yang turut dilengkapi dengan kelengkapan untuk melakukan pengisian minyak di udara (air-to-air refuelling),” kata beliau kepada Defence Security Asia dalam satu temuramah baru-baru ini.

Sekiranya pesawat FA-50 terpilih sebagai pesawat FLIT/LCA pilihan TUDM, maka varian yang akan digunakan olehnya adalah berlainan daripada yang digunakan oleh tentera udara Thailand (T-50TH), Filipina (FA-50) dan Indonesia (T-50I).

Kemampuan untuk melakukan pengisian minyak di udara merupakan antara spesifikasi yang ditetapkan oleh TUDM.

Block 20

Tentera Udara Filipina menggunakan 12 buah pesawat FA-50 dalam varian LCA manakala Tentera Udara Thailand pula mengoperasikan 14 buah varian T-50  termasuk dua buah yang dipesan daripada KAI baru-baru ini.

Tentera Udara Indonesia juga menggunakan kira-kira 22 buah pesawat T-50.   

Pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh KAI kepada Malaysia adalah varian yang lebih berkemampuan kerana ia telah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan bagi membolehkan ia melaksanakan pelbagai misi dan operasi, selain melatih juruterbang.

FA-50
Pesawat pejuang FA-50 buatan syarikat Korea Aerospace Industris.

Menurut Mohd Iswandi, pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh KAI kepada Malaysia secara amnya dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan canggih seperti “Sniper Advance Targeting Pod,” 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

Selain itu, pesawat FA-50 Block 20 itu juga akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) untuk melakukan pengisian minyak di udara dan Link 16 Block Upgrade 2.

Kemudahan AAR Probe itu akan memastikan pesawat FA-50 Block 20 itu berkemampuan beroperasi pada jarak yang lebih jauh dan lebih lama.

Selain itu katanya, terdapat juga opsyen untuk kerja-kerja menaiktaraf yang boleh dilakukan pada masa depan kerana perkara yang akan dinaiktaraf itu masih di dalam proses pembangunan pada ketika ini oleh KAI.

Antaranya, termasuklah 300 gelen External Fuel Tanks dan kemampuan Beyond Visual Range (BVR) dalam bentuk peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 (AMRAAM).

Sedikit lagi penambahbaikan dan naik taraf, pesawat FA-50 Block II yang ditawarkan oleh KAI sudah boleh dikategorikan sebagai pesawat MRCA (Multi Role Combat Aircraft).

PERGHHHHHHHHHH

FA-50
Pesawat FA-50 Varian MRCA
Sniper
“Sniper” Advanced Targeting Pod oleh Lockheed Martin

 

Dalam temuramah sebelum ini, Mohd Iswandi turut memaklumkan kepada  Defence Security Asia bahawa KAI juga bersedia untuk mewujudkan “Final Assembly Line” bagi pesawat FA-50 itu di Malaysia, sekiranya pesawat itu terpilih dalam tender FLIT/LCA TUDM.

Tawarkan untuk mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 itu di Malaysia adalah sebahagian daripada program “Industrial Collaborator Partner” yang ditawarkan oleh KAI bersama-sama rakan kerjasama tempatannya, Kemalak Systems.

“Buat pertama kali, Malaysia akan memiliki kemudahan pemasangan akhir pesawat pejuang. Kemalak Systems telah mencadangkan kepada KAI untuk mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 itu di Malaysia dan KAI telah bersetuju dan menyertakannya di dalam tawaran mereka kepada Kementerian Pertahanan,” kata Mohd Iswandi dalam temuramah terbabit.

Block 20
GBU-38 Joint Direct Attack Munitions (JDAM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

KAI telah bersetuju untuk melabur (invest) dalam usaha mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 di Malaysia itu, tetapi keputusan akhir terletak di tangan kerajaan.

“Secara keseluruhannya, kewujudan pusat pemasangan pesawat FA-50 di Malaysia akan memberikan kesan positif kepada negara keseluruhannya dan usaha Malaysia untuk menguasai teknologi tinggi terutamanya yang berkait dengan penerbangan,” kata beliau.

Selain pusat pemasangan akhir pesawat FA-50 itu, syarikat KAI juga menawarkan untuk mewujudkan pusat Maintenance, Refurbishment and Overhaul (MRO) untuk pengguna pesawat itu.

FA-50

 

Jom folo Defence Security Asia di Telegram,Facebook dan Twitter untuk perkembangan terkini dunia pertahanan dan keselamatan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...