Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

HISAR-O Bakal Sertai Persaingan Sistem Pertahanan Udara Sederhana TUDM?

Turki membangunkan sistem pertahanan udara HISAR itu dalam usahanya ntuk mewujudkan lapisan pertahanan udara (multi-layered air defence system) daripada aras rendah (HISAR-A), aras sederhana (HISAR-O) dan aras tinggi atau jarak jauh (HISAR-U).

0 5,235

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Disember tahun lepas, syarikat pertahanan Turki, ROKETSAN dan tentera negara telah berjaya berjaya melakukan ujian penembakan sistem pertahanan udara jarak sederhana buatan tempatan dinamakan “HISAR-O”.

HISAR-O merupakan sebahagian daripada keluarga sistem pertahanan udara “HISAR” yang terdiri daripada HISAR-A untuk aras rendah yang telah pun ditauliahkan dalam tentera Turki tahun lepas dan HISAR-U untuk jarak jauh yang bakal menyertai perkhidmatan dalam tentera negara itu pada tahun depan.

Sistem pertahanan udara HISAR itu dibangunkan oleh ROKETSAN yang menyumbang peluru berpandu itu manakala syarikat ASELSAN pula membangunkan sistem elektronik bagi sistem pertahanan itu.

HISAR-O

Kedua-dua syarikat ini mula membangunkan sistem pertahanan udara ini sebaik sahaja dianugerah kontrak oleh kerajaan Turki pada 2011.

Pada 2014,  peluru berpandu HISAR-O telah berjaya dilancarkan buat pertama kali.

Turki membangunkan sistem pertahanan udara HISAR itu dalam usahanya ntuk mewujudkan lapisan pertahanan udara (multi-layered air defence system) daripada aras rendah (HISAR-A), aras sederhana (HISAR-O) dan aras tinggi atau jarak jauh (HISAR-U).

HISAR-O

Memandangkan Malaysia sedang mencari sistem pertahanan udara jarak sederhana yang bersesuaian untuk dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),maka kita cuba melihat dengan lebih dekat sistem HISAR-O.

Sebelum ini, syarikat Kongsberg daripada Norway telah pun menyuarakan minat mereka untuk menawarkan sistem pertahanan udara jarak sederhana “NASAM” kepada Malaysia, manakala syarikat LIG Nex1 daripada Korea Selatan pula menawarkan sistem KM-SAM (Cheongung).

Sistem HISAR-O ini terdiri daripada peluru berpandu jarak sederhana itu sendiri, sistem pelancar peluru berpandu, fire control system, mast-mounted air defence radar dan electro-optical serta infra red sensor.

HISAR-O

Ia menggunakan phased array 3D radar “ASELSAN KALKAN” untuk mengesan dan menjejak sehingga 60 sasaran secara serentak.

Sasaran boleh dikesan sejauh 60km menggunakan radar sistem HISAR-O itu.

Pelancar peluru berpandu bagi sistem pertahanan udara jarak sederhana HISAR-O adalah berdasarkan kepada trak Mercedes-Benz 6×6 yang dilengkapi dengan enam butir peluru berpandu jarak sederhana itu.

HISAR-O

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Sistem pertahanan udara jarak sederhana HISAR-O dibangunkan untuk mempertahankan pangkalan-pangkalan tentera,anggota tentera, pelabuhan dan pelbagai aset strategik yang lain daripada ancaman udara yang terbang pada ketinggian altitud sederhana.”

Mengenai prestasinya pula, sistem pertahanan udara HISAR-O boleh membedil sasaran udara pada jarak 25km di aras laut, manakala peluru berpandu itu berkeupayaan terbang setinggi 10km altitud. — DSA

 

Comments
Loading...