Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Littoral Mission Vessel (LMV) Singapura, Lapan Dibina Dlm Tempoh Tujuh Tahun

Kontrak pembinaan lapan buah kapal Littoral Mission Vessel (LMV) milik Tentera Laut Singapura itu telah dimeterai pada 2013 dan pada Januari 2020, kelapan-lapan buah kapal perang itu telah siap dibina dan berada di lautan berkhidmat untuk republik itu.

0 5,751

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Januari 2013, Kementerian Pertahanan Singapura telah menandatangani kontrak dengan ST Engineering Ltd bagi pembinaan lapan buah kapal Littoral Mission Vessel (LMV) untuk kegunaan Tentera Laut Republik Singapura.

Kelapan-lapan kapal perang terbabit dibina oleh anak syarikat ST Engineering iaitu ST Marine di limbungan kapal republik berkenaan berdasarkan kepada rekabentuk yang dibangunkan secara bersama oleh ST Marine dan Saab Kockums AB daripada Sweden.

Defence Science and Technology Agency (DSTA), sama seperti STRIDE di Malaysia, merupakan pihak yang dipertanggungjawab oleh Kementerian Pertahanan Singapura untuk menguruskan pembinaan kapal-kapal LMV itu dan soal pengintegrasian pelbagai sistem bagi projek pembinaan kapal-kapal  perang LMV milik Tentera Laut Singapura itu.

LMV

Kelapan-lapan kapal LMV Tentera Laut Repubik Singapura itu dibina untuk menggantikan kapal-kapal peronda kelas-Fearless yang telah berkhidmat dengan tentera laut republik itu selama 20 tahun.

Selepas menandatangani kontrak pada 2013, kapal LMV yang pertama iaitu RSS Independence telah dilancarkan pada tahun 2015 dan ditauliahkan ke dalam tentera laut republik itu pada bulan Mei 2017, diikuti oleh kapal-kapal LMV kedua serta ketiga, RSS Sovereignty dan RSS Unity yang ditauliahkan dalam tentera laut pada November 2017.

Kelapan-lapan kapal LMV Singapura dibina secara concurrent.

Kapal LMV keempat, RSS Justice juga telah diserahkan kepada tentera laut Singapura pada 2017 manakala kapal LMV kelima RSS Indomitabe telah ditauliah oleh republik itu pada 2018.

Manakala kapal LMV keenam, ketujuh dan kelapan pula, RSS Fortitude,RSS RSS Dauntless and RSS Fearless pula ditauliah dalam tentera laut republik itu pada Januari 2020.

Kesemua lapan buah kapal LMV terbabit telah dibina di limbungan kapal tempatan di Singpura, dengan kapal pertama dilancarkan pada 2015 dan pada 31 Januari 2020 kapal LMV kelapan dan terakhir dalam program pembinaan itu, RSS Fearless telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan tentera laut republik itu.

LMV
Kapal Littoral Mission Vessel (LMV) kelas-Independence Tentera Laut Singapura.

 

Dalam tempoh kira-kira tujuh tahun bermula daripada tarikh kontrak pembinaan dimeterai, kesemua lapan buah kapal LMV kelas-Independence Tentera Laut Republik Singapura itu telah berjaya dibina dan ditauliahkan ke dalam perkhimatan tentera laut negara itu.

Tidak dapat dinafikan projek pembinaan lapan buah kapal LMV Tentera Laut Singapura itu turut berdepan dengan pelbagai cabaran getir, tetapi pengurusan projek yang baik sudah tentu telah dapat menghasilkan produk mengikut jadual yang ditetapkan.

Kesemua kapal LMV tentera laut negara jiran itu itu kini sibuk dengan operasi dan misi masing-masing.

“Kita mempunyai pelbagai sebab untuk berbangga dengan kapal-kapal LMV kerana ia direkabentuk dan dibina di Singapura oleh warga Singapura untuk Singapura, “ kata Menteri Sumber Manusia republik itu Josephine Teo ketika majlis pentauliahan tiga kapal LMV terakhir pada Januari 2020 itu.

LMV

 

Kelapan-lapan buah kapal LMV kelas-Independence Tentera Laut Singapura itu memiliki berat keseluruhan 1,250 tan dan 80 meter panjang.

Kapal LMV negara jiran itu dilengkapi sistem persenjataan meriam Oto Melara 76mm, Rafael Typhoon meriam 25mm, mesingan 12.7, Long Range Acoustic Device (LRAD) serta boleh menempatkan sebuah helikopter bersaiz sederhana.

Selain itu, kapal-kapal LMV Singapura itu turut dilengkapi dengan 12 pelancar Vertical Launch System (VLS) peluru berpandu pertahanan udara “VL Mica” yang dibangunkan oleh syarikat MBDA Missile Systems.

LMV

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Peluru berpandu VL Mica itu akan memberikannya perlindungan daripada ancaman-ancaman udara termasuk pesawat dan peluru berpandu.

Selain itu ia kapal LMV negara jiran itu dilengkapi dengan enjin yang berkuasa, sekaligus membolehkan ia meluncur selaju 27 knot di lautan selain boleh melakukan rondaan sehingga 3,000 batu nautika serta boleh berada di lautan selama 14 hari.

Kelapan-lapan buah kapal LMV Tentera Laut Singapura itu tidak direkabentuk untuk beroperasi hanya di dalam sempadan maritim republik itu, tetapi ia perlu bersedia untuk memastikan Sea Lines of Communication (SLOC) itu sentiasa terbuka dan bebas untuk kepentingan perdagangan republik itu.

LMV

SLOC yang berkepentingan kepada Singapura boleh berada di mana-mana termasuk di Laut China Selatan.

Selaras dengan namanya iaitu Littoral Mission Vessel atau Kapal Misi Littoral, kapal-kapal milik Tentera Laut Singapura itu berkeupayaan mengendalikan pelbagai situasi/misi di perairan littoral dan bukan hanya untuk berhadapan ketika konflik sahaja.

Kapal-kapal LMV Tentera Laut Singapura itu mampu menangani konflik berintensiti rendah (low intensity conflict) dan operasi-operasi Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR). — DSA

 

 

 

 

Comments
Loading...