Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lapan Buah Kapal Littoral Mission Ship Batch II TLDM “Perlu Lebih Berkuasa”

Rekabentuk apa yang bakal dipilih oleh TLDM untuk lapan buah kapal LMS Batch II yang bakal diperolehinya bermula pada tahun hadapan itu. Adakah rekabentuknya sama dengan empat buah kapal LMS Batch I buatan China yang dioperasinya ketika ini. Oh tidak!!!!!

0 8,355

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan telah pun mengumumkan bahawa perolehan lapan buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch II untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan diteruskan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bermula tahun depan.

Rancangan perolehan lapan buah kapal LMS Batch II untuk TLDM itu akan bermula tahun depan dan bakal  menambah pegangan empat buah kapal LMS yang dimilikinya pada ketika ini

Pengumuman Kementerian Pertahanan itu sememangnya melegakan semua pihak kerana terdapat kebimbangan sebelum ini terhadap kemungkinan projek perolehan lapan buah kapal LMS Batch II TLDM itu akan akan menjadi mangsa kegawatan ekonomi masa ini yang berpunca daripada pandemik COVID-19.

Kapal LMS Batch 1 hasil kerjasama Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC) iaitu KD Keris, KD Sundang dan KD Badik telah pun diterima serta telah diaturgerak oleh TLDM.

Kapal LMS keempat, Rencong dijangka diserahkan kepada negara bulan depan.

Kapal LMS
Kapal LMS milik TLDM (gambar kredit TLDM)

 

Keempat-empat kapal LMS Batch 1 TLDM, yang kini ditempatkan di pangkalan di Kota Kinabalu itu telah dibina di Wuchang Shipyard di Qidong, China.

Pada ketika ini, kapal-kapal LMS Batch 1 TLDM telah pun dikerah untuk “shadow” kapal-kapal pengawal pantai negara itu yang menceroboh perairan negara di Laut China Selatan.

Cuma untuk projek perolehan lapan buah kapal LMS Batch II ini, admin benar-benar berharap ia akan lebih “berkuasa” (powerful) daripada segi sistem dan persenjataan dibawanya berbanding empat buah kapal LMS Batch 1 yang diperolehi daripada China.

Kapal LMS
Baru-baru ini, TLDM telah mentauliahkan kapal LMS miliknya yang ketiga ” KD Badik” (gambar kredit TLDM)

 

Kapal-kapal LMS I TLDM yang hanya sepanjang 69 meter dan memiliki berat kira-kira 700 tan dilengkapi dengan persenjataan yang amat minima.

Dengan kelajuan 24 knot, kapal-kapal LMS Batch 1 TLDM mampu beroperasi sejauh 2,000 batu nautika serta berada di lautan selama 15 hari sebelum kembali ke pangkalan untuk ulang bekal seperti minyak dan makanan.

Untuk perolehan kapal-kapal LMS Batch 2, diharap saiznya adalah lebih besar dan berat supaya ia boleh berada di lautan lebih lama , selain dilengkapi dengan pelbagai peralatan moden serta persenjataan yang lebih ampuh.

Sebagai perbandingan, kapal Littoral Mission Vessel (LMV) kelas-Independence Tentera Laut Singapura yang direkabentuk secara bersama antara ST Marine, Saab Kockums dan Defence Science and Technology Agency (DSTA) memiliki berat 1,200 tan dan 80 meter panjang.

Kapal LMV Tentera Laut Singapura itu dilengkapi sistem persenjataan meriam 76mm, 25mm serta boleh menempatkan sebuah helikopter bersaiz sederhana.

Selain itu, kapal-kapal LMV Singapura itu turut dilengkapi dengan 12 pelancar Vertical Launch System (VLS) peluru berpandu pertahanan udara “VL Mica” yang dibangunkan oleh syarikat MBDA Missile Systems.

 

Kapal LMS
Kapal Littoral Mission Vessel (LMV) kelas-Independence Tentera Laut Singapura.

 

Peluru berpandu VL Mica itu akan memberikannya perlindungan daripada ancaman-ancaman udara termasuk pesawat dan peluru berpandu.

Sistem peluru berpandu VL Mica yang digunakan oleh kapal-kapal LMV Singapura itu adalah sama dengan sistem peluru berpandu pertahanan udara enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) TLDM yang sedang berhadapan dengan masalah itu.

Selain itu ia kapal LMV negara jiran itu dilengkapi dengan enjin yang berkuasa, sekaligus membolehkan ia meluncur selaju 27 knot di lautan selain boleh melakukan rondaan sehingga 3,000 batu nautika.

Kapal LMV
Lapan buah kapal Littoral Mission Vessel Tentera Laut Singapura.

 

Kelapan-lapan buah kapal LMV Tentera Laut Singapura itu sememangnya tidak direkabentuk untuk beroperasi hanya di dalam sempadan maritim republik itu, tetapi ia akan bertugas memelihara Sea Line of Communication (SLOC) yang berkepentingan untuknya.

SLOC yang berkepentingan kepada Singapura boleh berada di mana-mana terutamanya di Laut China Selatan.

Selaras dengan namanya iaitu Littoral Mission Vessel, ia akan perlu berkeupayaan mengendalikan pelbagai situasi dan bukan hanya untuk menangani konflik sahaja.

Kapal-kapal LMV Tentera Laut Singapura itu perlu berkeupayaan menangani konflik berintensiti rendah (low intensity conflict) kepada operasi-operasi Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR).

Sebagaimana yang kita tahu, beberapa syarikat dalam dan luar negara telah pun menunjukkan minat untuk terlibat sama di dalam projek pembinaan lapan buah kapal LMS Batch II untuk TLDM.

Salah satu syarikat  yang menunjukkan minat itu adalah Boustead sendiri.

Syarikat-syarikat lain yang diketahui menunjukkan minat terhadap projek LMS Batch II itu adalah, Damen, Fassmer dan Swiftships.

Kapal LMV

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...