Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Panglima TLDM Lawat Kapal Littoral Mission Vessel (LMV) Singapura, “RSS Justice”

Adalah diharapkan lawatan Panglima TLDM terhadap kapal Littoral Mission Vessel (LMV) Tentera Laut Singapura itu, "RSS Justice" akan mencetus inspirasi tentang keupayaan tambahan yang perlu dimiliki oleh lapan buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch II yang bakal diperolehi oleh TLDM bermula tahun depan.

0 7,987

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam posting terbaru akaun media sosial Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini, kelihatan Panglima TLDM Tan Sri Reza Mohd Sany telah melawat kapal Littoral Mission Vessel (LMV) Tentera Laut Singapura, “RSS Justice.”

Lawatan beliau ke kapal terbabit telah diiringi oleh rakan sejawatnya daripada republik itu, Rear Admiral Aaron Beng.

Tidak dinyatakan di dalam posting terbaru media sosial TLDM tarikh lawatan panglima TLDM terhadap kapal LMV milik tentera laut negara jiran kita itu. 

Reza juga dinyatakan dalam posting media sosial TLDM itu telah dibawa melawat kemudahan yang dipanggil “LMV Simulation Centre”.

Pasukan komunikasi TLDM yang mengendalikan akaun media sosial pasukan itu turut mengeluarkan beberapa keping gambar berkenaan lawatan panglima TLDM terhadap kapal serta kemudahan simulasi LMV milik Tentera Laut Singapura itu.

RSS Justice
Kredit TLDM

 

Lawatan panglima TLDM terhadap kapal LMV Tentera Laut Singapura, RSS Justice dan “LMV Simulation Centre” itu amat menarik kerana TLDM bakal menambah pemilikan kapal-kapal Littoral Mission Ship Batch II (LMS) bermula tahun depan.

Penambahan pemilikan kapal-kapal LMS Batch II itu telah pun disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan timbalannya Datuk Seri Ikmal Abdul Aziz dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Perolehan lapan lagi buah kapal LMS Batch II itu akan menambah empat buah kapal LMS Batch I yang kini dimiliki oleh TLDM pada ketika ini. (kapal LMS ke-4 TLDM dijangka diterima pada bulan depan).

RSS Justice
Kredit TLDM

 

Empat buah kapal LMS Batch 1 kelas-Keris yang dibina di China hasil kerjasama di antara firma  Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC) di Wuchang Shipyard di Qidong, China.

Kapal LMS pertama hasil kerjasama BNS dan CSOC, KD Keris  dan LMS kedua, KD Sundang telah pun memasuki perkhidmatan TLDM pada 31 Disember 2019 dan 14 Januari 2021 manakala LM3 ketiga, Badik telah pun diterima September lepas.

Kapal LMS keempat, Rencong dijangka diserahkan kepada negara bulan depan.

Admin berharap lawatan panglima TLDM ke kapal LMV Singapura sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada beliau dan perancang TLDM untuk meningkatkan keupayaan kapal-kapal LMS Batch II yang bakal diperolehi negara bermula pada tahun depan itu.

Kapal-kapal LMS Batch II itu sekurang-kurangnya lebih berkemampuan daripada empat buah kapal LMS Batch I, supaya ia selari dengan apa yang dimiliki oleh lapan buah kapal LMV Tentera Laut Singapura.

Itulah yang admin dan pemerhati pertahanan negara mengharapkan, adalah kapal-kapal LMS Batch II yang bakal dimiliki oleh TLDM perlu lebih berkeupayaan dan berkemampuan berbanding kapal-kapal LMS Batch 1 negara yang dibina di China itu.

Mengambil contoh kapal-kapal LMV negara jiran kita adalah sesuatu yang positif.

Kapal LMS
Kapal Littoral Mission Vessel (LMV) kelas-Independence Tentera Laut Singapura.

 

Sebagai perbandingan, kelapan-lapan buah kapal LMV kelas-Independence Tentera Laut Singapura yang direkabentuk secara bersama antara ST Marine, Saab Kockums dan Defence Science and Technology Agency (DSTA) memiliki berat 1,200 tan dan 80 meter panjang, berbanding kapal-kapal LMS negara yang hanya memiliki berat 700 tan.

Kapal LMV Tentera Laut Singapura itu dilengkapi sistem persenjataan meriam 76mm, 25mm serta boleh menempatkan sebuah helikopter bersaiz sederhana.

Selain itu, kapal-kapal LMV Singapura itu turut dilengkapi dengan 12 pelancar Vertical Launch System (VLS) peluru berpandu pertahanan udara “VL Mica” yang dibangunkan oleh syarikat MBDA Missile Systems.

Peluru berpandu VL Mica itu akan memberikannya perlindungan daripada ancaman-ancaman udara termasuk pesawat dan peluru berpandu.

Sistem peluru berpandu VL Mica yang digunakan oleh kapal-kapal LMV Singapura itu adalah sama dengan sistem peluru berpandu pertahanan udara enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) TLDM yang sedang berhadapan dengan masalah itu.

Empat buah kapal LMS negara hanya dilengkapi dengan meriam 30mm, mesingan 7.62mm serta 12.7mm.

lmv

Selain itu ia kapal LMV negara jiran itu dilengkapi dengan enjin yang berkuasa, sekaligus membolehkan ia meluncur selaju 27 knot di lautan selain boleh melakukan rondaan sehingga 3,000 batu nautika.

Kapal-kapal LMV negara jiran itu dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa, sekaligus membolehkan ia meluncur selaju 27 knot di lautan selain boleh melakukan rondaan sehingga 3,000 batu nautika.

Kelapan-lapan buah kapal LMV Tentera Laut Singapura itu sememangnya tidak direkabentuk untuk beroperasi hanya di dalam sempadan maritim republik itu, tetapi ia bertugas memelihara Sea Lines of Communication (SLOC) yang berkepentingan untuk republik itu.

SLOC yang berkepentingan kepada Singapura boleh berada di mana-mana terutamanya di Laut China Selatan.

Selaras dengan namanya iaitu Littoral Mission Vessel, kapal-kapal milik Tentera Laut Singapura itu perlu berkeupayaan mengendalikan pelbagai situasi/misi dan bukan hanya untuk menangani konflik sahaja.

Kapal-kapal LMV Tentera Laut Singapura itu perlu berkeupayaan menangani konflik berintensiti rendah (low intensity conflict) kepada operasi-operasi Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR).

LMV

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...