Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kongsberg Tawar Sistem Pertahanan Udara Sederhana, NASAM

Dalam perancangan pembangunan CAP 55 TUDM, ia telah menggariskan perolehan sehingga empat buah bateri sistem pertahanan udara jarak sederhana (MERAD) bermula dariada Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-25) hingga RMK-15 (2035-2040).

5,747

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan mengatakan TUDM bakal mengoperasikan tujuh aset baru seawalnya pada tahun 2024.

Diantara tujuh aset baru yang bakal dioperasikan oleh TUDM itu adalah sistem pertahanan udara jarak sederhana (Medium Range Air Defence System – MERAD).

Pada pameran DSA 2022 yang berlangsung baru-baru ini, syarikat Kongsberg Defence and Aerospace daripada Norway telah menawarkan sistem MERAD yang dibangunkan mereka iaitu “Norwegian Advanced Surface to Air Missile System) atau NASAM kepada Malaysia.

NASAM

Sebagaimana yag kita tahu, firma pertahanan Norway ini turut membangunkan sistem peluru berpandu anti-kapal “Naval Strike Missile (NSM)” yang bakal digunakan oleh enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) TLDM apabila ia siap kelak.

Terdapat juga ura-ura bahawa sistem peluru berpandu anti-kapal NSM akan digunakan oleh lapan buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch II yang bakal diperolehi oleh TLDM.

Sistem pertahanan udara jarak sederhana “NASAM” itu dibangunkan oleh Kongsberg dengan syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon yang membekalkan peluru berpandu AMRAAM untuk sistem itu.

NASAM dikatakan adalah sistem pertahana udara jarak rendah ke sederhana yang mengaplikasikan network-centric pertama di dunia.

NASAM

Dalam perancangan pembangunan CAP 55 TUDM, ia telah menggariskan perolehan sehingga empat buah bateri sistem pertahanan udara jarak sederhana (MERAD) bermula dariada Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-25) hingga RMK-15 (2035-2040).

Perolehan sistem MERAD itu adalah untuk mengukuhkan sistem pertahanan udara negara yang pada ketika ini hanya bergantung kepada beberapa sistem pertahanan udara jarak dekat seperti Igla, FN6, Rapier, Jernas dan Starstreak.

“Di rantau ini (Asia Tenggara), sistem pertahanan udara jarak sederhana NASAM dioperasikan oleh tentera Indonesia dan Australia.

“Sistem NASAM juga digunakan untuk melindungi Washington D.C,” kata Pengurus Pembangunan Perniagaan, Sistem Pertahanan Bersepadu di Kongsberg Tom Erik-Holmen kepada majalah pertahanan berbahasa Inggeris tempatan, Asian Defence Journal.

NASAM

Secara keseluruhannya, sistem pertahanan udara jarak sederhana NASAM digunakan oleh 15 buah negara.

Apa yang menarik tentang sistem pertahanan udara jarak sederhana NASAM ini adalah ia menggunakan peluru berpandu AMRAAM (Advance Medium Range Air-To-Air-Missile) yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon.

Ia adalah peluru berpandu yang sama digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang termasuk oleh F/A-18D Hornet TUDM.

Daripada segi itu, penggunaan peluru berpandu yang sama pada NASAM dan pesawat pejuang itu sememangnya membantu dalam mengurangkan kos keseluruhan pengoperasian sistem itu.

NASAM

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Dalam satu unit standard NASAM, ia akan terdiri daripada FDC Fire Distribution Center, radar aktif 3D  AN/MPQ64F1 Sentinel, penderia pasif electro-optic and infra-red dan beberapa kanister peluru berpandu AMRAAM.

Engagement mode bagi sistem NASAM adalah sejauh 180km. -DSA

Comments are closed.