Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

K’jaan British, Sekutu “Kejar” Kapal Layar Mewah Milik Roman Abramovich

Konflik Russia-Ukraine telah memaksa Oligarch, Roman Abramovich melepaskan pegangannya terhadap kelab bolasepak Chelsea dan kini ahli perniagaan Russia yang rapat dengan Presiden Putin sedang bergelut untuk "mempertahankan" dua buah kapal layar mewahnya iaitu “Eclipse” dan “Solaris”.

0 6,534

(DEFENCE SECURITY ASIA)  — Antara individu yang paling terjejas akibat sekatan ekonomi yang dikenakan oleh kerajaan-kerajaan Eropah dan Amerika Syarikat terhadap Russia adalah billionair Roman Abramovich, yang merupakan pemilik kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

Abramovich merupakan individu yang digelar sebagai “Oligarch”, iaitu ahli perniagaan Russia, billionair yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Kremlin dan Presiden Russia Vladimir Putin.

Disebabkan sekatan ekonomi akibat konflik di antara Russia dan Ukraine, Abramovich, 55, juga terpaksa melepaskan penguasaannya terhadap kelab bolasepak Chelsea sebelum beliau sempat menjualnya.

Eclipse
Kapal layar mewah “Eclipse”milik Roman Abramovich.

 

 

Masalah dihadapi oleh ahli perniagaan Russia bukan terhenti setakat itu sahaja, kerana kerajaan British juga sedang “mengejar” harta-harta lain Abramovich terutamanya dua buah kapal layar mewahnya iaitu “Eclipse” dan “Solaris”.

Kapal layar “Eclipse” milik Abramovich itu dianggarkan berharga US$700 juta (RM2.8 biliion) manakala “Solaris” pula berharga US$600 juta (RM2.4 bilion).

Dengan nilai kedua-dua kapal layar mewah itu RM5.2 bilion, sememangnya “amat menguntungkan” sekiranya kerajaan Britain dan sekutunya sekira mereka dapat merampasnya.

Mereka mungkin mahu melelong kapal mewah Abramovich sekiranya mereka dapat merampasnya.

Eclipse

Sebaik sahaja mengetahui bahawa kerajaan British mahu merampas kapal-kapal layarnya, Abramovich telah bertindak mengalihkan kapal layarnya.

Menurut laporan media, sebaik sahaja mengetahui bahawa beliau menjadi sasaran sekatan ekonomi kerajaan British, kapal layar “Eclipse” sepanjang 160 meter dan berat lebih 13,000 tan milik pemilik kelab bolapsepak Chelsea itu telah “dibawa” keluar daripada Eropah sebelum didapati berlabuh di Turki.

Kehadiran kapal layar “Eclipse” di Turki itu turut diikuti oleh sebuah lagi kapal layar mewah milik Abramovich iaitu “Solaris”.

Laporan terkini mengatakan kedua-dua kapal layar mewah milik pemilik kelab bolasepak Chelsea telah pun meninggalkan Turki menuju ke destinasi tidak diketahui atau mungkin sedang menuju balik ke Russia melalui Laut Hitam.

Eclipse

Untuk pengetahuan semua, Eclipse ketika ia mula beroperasi pada tahun 2010 merupakan kapal layar paling besar di dunia dan paling mewah dengan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaaan penghuninya.

Ia sebenarnya direka sebagaimana sebuah kapal perang.

Antara kemudahan yang paling penting dimiliknya adalah sebuah kapal selam mini yang boleh menyelam sehingga ke kedalaman 150 kaki, berkemungkinan digunakan untuk melarikan pemilik kapal sekiranya “Eclipse” itu diserang.

Cermin di bahagian bilik tidur utama serta di bahagian anjungan (bridge) diperbuat daripada cermin kalis peluru manakala bahagian dindingnya pula diperkukuhkan dengan plet-plet armor (armour plating) .

Eclipse

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Terdapat juga laporan mengatakan kapal layar mewah “Eclipse” milik Abramovich itu juga dilengkapi dengan sistem peluru berpandu buatan sebuah syarikat Jerman, selain sistem laser bagi mengelak paparazzi daripada mengambil gambar penghuni-penghuni kapal layar itu.

“Eclipse” juga dilengkapi dengan tiga buah bot kecil untuk digunakan ketika kecemasan, dua helipad untuk menempatkan helikopter.

Kapal layar mewah “Eclipse” itu mempunyai krew seramai 70 orang untuk mengendalikannya manakala ia boleh memuatkan kira-kira 35 tetamu untuk satu-satu masa.

Kos operasi setahun kapal layar ini dianggarkan sebanyak US$25 juta atau RM100 juta. — DSA

 

Comments
Loading...