Siapa “Di Belakang” Waris Kesultanan Sulu? Adakah Babit “State Actors”?
Banyak pihak termasuk admin sendiri tertanya-tanya, di mana waris-waris Kesultanan Sulu ini memperolehi sumber kewangan yang besar untuk memulakan prosiding perundangan di Eropah bagi membuat tuntutan terhadap kerajaan Malaysia. Siapa "pembiaya" kumpulan ini?

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sebagaimana yang diketahui kos guaman di Malaysia adalah mahal, apatah di benua Eropah di mana kosnya berlipat-kali ganda dan boleh mencecah jutaan ringgit terutama membabitkan kes-kes yang berprofil tinggi melibatkan tindakan perundangan terhadap sesebuah kerajaan berdaulat.
Sebab itulah, banyak pihak termasuk admin sendiri yang tertanya-tanya, di mana waris-waris kesultanan Sulu ini memperolehi sumber kewangan yang besar untuk memulakan prosiding perundangan di Eropah bagi membuat tuntutan terhadap kerajaan Malaysia.
Bukan sahaja mereka memerlukan sumber kewangan yang kukuh untuk memulakan proses perundangan itu, tetapi juga untuk meneruskannya tindakan perundangan buat suatu tempoh yang panjang untuk “menyusahkan” kerajaan Malaysia.
Selain persoalan tentang sumber kewangan, admin juga mengesyaki waris-waris Kesultanan Sulu ini mendapat bantuan nasihat perundangan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, yang bertindak sebagai “perancang utama” kepada kumpulan waris Kesultanan Sulu ini.
Kemungkinan besarnya adalah perancang utama inilah yang menanggung segala kos perundangan oleh waris Kesultanan Sulu ini, selain bertindak sebagai pihak yang menasihati segala gerakan mereka ketika berhadapan dengan kerajaan Malaysia.
Dan “perancang utama” kepada waris Kesultanan Sulu ini semestinya adalah individu atau kumpulan yang mempunyai “deep pocket” untuk membiayai kegiatan mereka yang menggelar diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu.
Adakah “perancang utama” ini terdiri daripada “state actors” iaitu mereka yang mempunyai hubung kait dengan kerajaan-kerajaan tertentu, sama di Asia Tenggara mahupun Eropah?
Semua persoalan ini memerlukan jawapan dan badan-badan perisikan serta agensi kerajaan Malaysia perlu melibatgandakan usaha mereka untuk mengumpul segala maklumat dalam mengenaplasti siapakah “perancang utama” di belakang waris-waris Kesultanan Sulu ini.
Pada Mac lepas, bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee juga telah meminta kerajaan supaya menyiasat siapa membayar kos guaman untuk waris Sultan Sulu yang membuat tuntutan di mahkamah timbang tara antarabangsa sehingga berjaya mendapat anugerah bernilai RM62.5 bilion.
Beliau mendakwa keluarga Kiram yang juga waris Sultan Sulu tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan usaha undang-undang antarabangsa seperti itu yang kosnya menelan belanja berjuta ringgit.
Comments are closed.