Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tempoh Menunggu Honda HR-V Lebih 12 Bulan? Biar Betul…

Bagi mereka yang telah atau yang bercadang untuk menempah kenderaan HR-V, laporan daripada laman-laman permotoran tempatan mengatakan tempoh menunggunya adalah lebih 12 bulan.

0 572

(AUTO) – Reaksi daripada orang ramai yang berkesempatan melihat lebih dekat Honda HR-V 2022 yang dipertonton kepada orang awam menerusi siri-siri sesi khas bulan lepas jelas menunjukkan bahawa kenderaan segmen B itu akan mendapat sambutan yang amat baik daripada pengguna-pengguna di Malaysia.

Teruja dengan apa yang telah dilihat mereka, ramai juga telah membuat tempatan terhadap kenderaan itu sebelum berakhirnya tempoh pengecualian cukai SST pada 30 Jun.

Menurut laman-laman permotoran tempatan, sambutan terhadap kenderaan HR-V terbaru itu adalah amat baik, walaupun tiada angka tempahan yang diperolehi setakat ini.

Honda HRV

Bagaimanapun, apa yang pasti tempoh menunggu kenderaan itu dijangka amat panjang, selari dengan penerimaan orang ramai yang amat baik terhadapnya.

Menurut laman permotoran Paul Tan yang berdasarkan memo dalaman syarikat Honda Malaysia, tempoh menunggu untuk mereka yang telah menempah kenderaan HR-V pada ketika adalah lebih daripada 12 bulan atau setahun.

Mereka perlu benar-benar bersabar kerana perlu menunggu sehingga setahun untuk mendapatkan kenderaan idaman mereka itu.   

HR-V yang bakal dijual di Malaysia akan datang di dalam empat varian .

Honda HRV

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Keempat-empat varian itu adalah, Grade S, dua versi turbocharge (Grade E dan V) dan satu varian Hybrid (RS e:HEV).

Walaupun syarikat Honda Malaysia tidak lagi mendedahkan tentang harga kenderaan HR-V yang bakal menemui peminatnya di negara ini tidak lama lagi, tetapi dijangkakan harganya adalah di antara RM120,000 hingga RM140,000.

Kesemua empat varian kenderaan HR-V akan menggunakan enjin Honda 1.5 liter tetapi didalam pelbagai konfigurasi dengan ciri-ciri yang berlainan. — AUTO

Comments
Loading...