Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kereta Kebal Leopard Singapura, Jerman “Berperang” Dalam Latihan Panzer Strike

Pada hari ini, kereta-kereta kebal dan perisai milik Angkatan Tentera Singapura dan Angkatan Tentera Jerman terlibat dalam hari terakhir latihan armor yang turut melibatkan penembakan peluru-peluru hidup di Kawasan Latihan Tentera Oberlausitz (OMTA) di Jerman.

0 4,242

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada hari ini, kereta-kereta kebal dan perisai milik Angkatan Tentera Singapura dan Angkatan Tentera Jerman terlibat dalam hari terakhir latihan armor yang turut melibatkan penembakan peluru-peluru hidup di Kawasan Latihan Tentera Oberlausitz (OMTA) di Jerman.

Latihan bersama armor Jerman-Singapura itu dipanggil ‘Panzer Strike” merupakan latihan armor dan latihan penembakan peluru hidupy yang diadakan sebanyak dua kali tahun ini iaitu pada musim luruh dan musin sejuk.

Semasa latihan “Panzer Strike” pada musim bunga bermula pada 8 hingga 15 Mac, Angkatan Tentera Singapura telah mengerahkan 85 anggotanya daripada 3rd Company, 48th Battalion Singapore Armoured Regiment (48 SAR) dan juga 391st Panzergrenadier Battalion, Angkatan Tentera Jerman.

“Latihan bersama kedua-dua negara itu turut melibatkan pertukaran professional dengan perbincangan tentang Standard Operating Procedures dan Taktik, Teknik dan juga Procedures.

“Kedua-dua latihan pada musim bunga dan sejuk itu melibatkan sebanyak 14 buah kereta kebal Leopard 2SG dan kenderaan perisai kombat “Hunter” serta anggota daripada 48 SAR dan Institut Latihan Armor, Angkatan Tentera Singapura,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Singapura.

Leopard
(Spore Mindef)

 

Kesemua aset dan anggota tentera Singapura yang terlibat mengendalikan kereta-kereta kebal dan kereta perisai kombat itu akan dalam latihan pengerakan (manuver) menggunakan tembakan peluru hidup.

Latihan “Panzer Strike” yang dimulakan pada tahun 2009 kini telah berlangsung selama 15 tahun, menggambarkan hubungan rapat di antara Singapura dengan Jerman.

Kawasan latihan yang luas di Oberlausitz Military Training Area (OMTA) di Jerman yang bersamaan dengan suku saiz Singapura itu memberikan peluang kepada Tentera Darat Singapura untuk melaksanakan senario latihan perang yang lebih komplex dan lebih besar serta dalam suasana lebih bersepadu.

“Peluang untuk berlatih di Jerman telah memperkukuhkan lagi professionalisme dan keupayaan formasi Angkatan Tentera Singapura dan memperkuatkan kembali hubungan professional di antara Tentera Darat Singapura dengan rakan sejawatannya daripada Jerman itu,” kata kenyataan itu.

 Angkatan Tentera Singapura dalam kenyataan itu juga menyatakan bahawa Latihan “Panzer Strike” membuktikan hubungan pertahanan yang kuat antara Singapura dan Jerman.

Leopard
(Singapore Mindef)

 

“Kedua-dua angkatan tentera kerap berinteraksi menerusi lawatan peringkat tertinggi dan dialog, pertukaran pegawai-pegawai tentera, penyertaan kursus professional antara pegawai tentera dan kolaboras teknologi.”

“Interaksi ini telah mengukuhkan lagi hubungan professional antara kedua-dua angkatan tentera,” menurut kenyataan.

Singapura menggunakan kereta kebal Leopard 2 (termasuk varian Leopard 2 A7) yang dibangunkan oleh syarikat Jerman, Krauss-Maffei Wegman.

Secara keseluruhannya, Angkatan Tentera Singapura  memiliki sejumlah 170 buah kereta kebal Leopard 2 (mengikut data 2019).

170 unit kereta kebal Leopard 2 yang telah dipertingkatkan kemampuannya kepada varian Leopard 2SG dengan armor yang lebih ampuh dan sistem elektronik buatan syarikat Israel.

Leopard
Kereta kebal Singapura Leopard 2SG

 

Ia menggunakan meriam 120mm.

Singapura membeli kereta kebal ini seawal pada 2006 dan satu lagi pembelian berlaku pada 2016.

Berat kereta kebal buatan Jerman ini adalah kira-kira 65 tan dan dikendalikan oleh empat orang krew. — DSA

Comments
Loading...