Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Singapura Integrasi Peluru Berpandu “Python-5” Buatan Israel Pada F-16C/D Miliknya

Pada Jun lepas, Tentera Udara Singapura telah mengesahkan bahawa ia telah mengintegrasikan peluru berpandu udara-ke-udara Python-5  sebagai sebahagian daripada program Mid-Life Upgrade (MLU) terhadap pesawat-pesawat pejuang Lockheed Martin F-16 C/D/D+ miliknya,

0 1,460

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Jun lepas, Tentera Udara Singapura telah mengesahkan bahawa ia telah mengintegrasikan peluru berpandu udara-ke-udara Python-5  sebagai sebahagian daripada program Mid-Life Upgrade (MLU) terhadap pesawat-pesawat pejuang Lockheed Martin F-16 C/D/D+ miliknya,

Peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat generasi kelima “Python-5” itu dibangunkan oleh syarikat pertahanan Israel, Rafael Advanced Defense System dan dikatakan adalah peluru berpandu udara-ke-udara paling berkemampuan digunakan oleh Tentera Udara Israel, boleh mencapai kelajuan sehingga Mach 4 dan jarak 20km.

Tentera Udara Israel juga dikatakan bercadang melengkapkan pesawat-pesawat pejuang F-35 “Adir” miliknya dengan peluru berpandu “Python-5.”

Pembangunan varian awal peluru berpandu udara-ke-udara “Python-5” dikatakan telah bermula sekitar 1990-an dan peluru berpandu itu secara rasminya telah didedahkan kepada khalayak ramai ketika Paris Air Show pada 2003.

 

Python-5
Peluru berpandu Python-5

 

Peluru berpandu itu telah menunjukkan kemampuan pengesanan sasaran dan penjejakan yang baik ketika fasa pembangunan dan operasionalnya.

Peluru berpandu Python-5 menyertakan rekabentuk airframe aerodinamik peluru berpandu Python-4.

Ia juga mengekalkan inertial navigation system (INS), rocket motor, peledak and proximity fuse varian peluru berpandu “Python” sebelum ini.

Python-5 adalah peluru berpandu dwi-kegunaan sama ada secara udara-ke-udara dan darat-ke-udara, selain mengintegrasikan imaging seeker, perisian moden,  advanced infrared counter-countermeasure (IRCCM) serta sistem kawalan penerbangan.

Berat keseluruhan peluru berpandu Python-5 adalah 105kg, dengan kemampuan membawa 11kg bahan peledak jenis “high explosive fragmentation” dilengkapi dengan fius “active laser proximity.”

Python-5

Singapura
F-16 Israel dengan peluru berpandu “Python” (kredit Getty Images)

 

Bersama-sama dengan peluru berpandu Derby, Python juga digunakan dalam sistem pertahanan udara “Spyder”.

Selain Tentera Udara Singapura, peluru berpandu udara-ke-udara “Python-5” itu turut digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara India, Tentera Udara Georgia dan Tentera Udara Peru.

Program menaiktaraf pesawat F-16C/D/D+ Singapura itu dilakukan oleh Lockheed Martin serta ST Engineering Aerospace.

Tentera Udara Singapura memiliki 62 buah pesawat pejuang F-16C/D Block 52, dengan 14 daripada pesawat itu ditempatkan di Luke Air Force Base di Arizona, Amerika Syarikat manakala 48 buah pesawat ditempatkan di pangkalan udara dalam negara.

Penempatan sejumlah pesawat itu ditempatkan di Amerika Syarikat untuk tujuan latihan.

F-16
Pesawat F-16 Singapura di salah sebuah pangkalan udara negara itu.

 

Amerika Syarikat membekalkan Singapura dengan 62 buah pesawat F-16 itu di antara 1998 hingga 2003.

Kerja-kerja menaiktaraf pesawat F-16 Singapura yang dianggarkan bernilai US$2.4 bilion (RM10.8 bilion) itu turut meliputi melengkapkan pesawat-pesawat pejuang milik Singapura dengan radar AESA AN/APG-83 SABR (Scalable Agile Beam Radar) yang dibangunkan oleh Northrop Grumann.

Selain daripada dilengkapkan dengan radar baru AESA, pesawat-pesawat F-16C/D Block 52 Singapura itu juga akan menerima kelengkapan baru terdiri daripada mission computers yang baru, Joint Helmet Mounted-Cueing System (JHMCS) yang membolehkan ia diintergrasikan dengan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X serta peluru berpandu  GBU-38 Joint Direct Attack Munition (JDAM).

Selain itu, pesawat F-16 dinaiktaraf Singapura itu juga akan mampu membawa dan melancarkan peluru berpandu GBU-49/50 Enhanced Paveway II Dual-Mode Guided Bombs dan CBU-105 Sensor-Fuzed weapon.

Pesawat-pesawat F-16 Tentera Udara Republik Singapura itu juga dikatakan menggunakan sistem Electronic Warfare Suite buatan Israel tetapi sehingga kini tiada pengesahan daripada mana-mana pihak di Singapura. — DSA

To contact email: lulwabyadah@gmail.com 

Comments
Loading...