Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Singapura Secara Rasmi Terima Kapal Selam Type 218SG Pertamanya, “Impeccable”

Kemasukan  "Invincible", "Impeccable" serta dua buah kapal selam yang masih dibina iaitu“Illustrious” dan “Inimitable” bakal melonjakkan lagi kekuatan peperangan bawah permukaan laut Tentera Laut Singapura ke tahap yang lebih tinggi, yang selama ini mempertaruhkan kapal-kapal selam terpakai miliknya daripada kelas-Archer dan kelas-Challenger.

0 1,883

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Singapura secara rasminya telah menerima kapal selam Type 218SG kelas-Invicible yang pertama daripada empat dipesannya daripada Jerman hari ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan republik itu.

Majlis penerimaan kapal selam itu yang dinamakan “Impeccable” itu telah diadakan di Pangkalan Laut Changi di Singapura, dengan disaksikan oleh Panglima Tentera Laut Singapura, Laksamana Sean Wat dan pegawai-pegawai kanan tentera laut negara itu.

Dilancarkan di Kiel, Jerman pada 31 Disember 2022, kapal selam terbaru republik itu “Impeccable” merupakan satu daripada empat kapal selam yang direkabentuk untuk menjalankan operasi di perairan tropika Singapura yang cetek dan sibuk.

Singapura
Kapal heavy load-carrier “Rolldock Storm” diguna untuk membawa pulang kapal selam terbaru Singapura. (kredit Schlepp-und Fahrgesellesschadt Kiel)

 

Direkabentuk mengikut keperluan-keperluan unik Singapura, kapal-kapal selam kelas “Invincible” milik Singapura itu dilengkapi dengan kelengkapan canggih termasuk tahap otomasi yang tinggi, kapasiti muatan yang besar, kemampuan untuk berada di bawah permukaan laut yang lebih lama dan rekabentuk egonomik yang selari dengan saiz tubuh badan orang-orang Asia.

Kemasukan empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible didahulu dengan “Impeccable” itu membantu meningkatkan lagi kemampuan Tentera Laut Singapura dan menjaga serta mempertahankan Sea Lines  of Communication (SLOC) yang amat penting.

“Impeccable” akan menjalani siri ujian di laut dan ujian-ujian lain selepas ini, sebelum ia memulakan operasinya secara penuh dengan Tentera Laut Singapura.

Kapal selam Type 218SG pertama daripada kelas-Invicible yang diberikan nama “Invicible” kekal berada di Jerman untuk menyokong program latihan krew-krew kapal selam Singapura, manakala dua buah lagi kapal selam yang lain masih menjalani kerja-kerja pembinaan di negara Eropah terbabit.

“Impeccable” tiba di perairan Singapura pada awal bulan ini selepas hampir sebulan meninggalkan limbungan kapal milik syarikat Thyssenkrupp Marine Systems Shipyard (TKMS) di Kiel, Jerman.

Singapura
Gambar Fail

 

Kapal selam terbaru Singapura itu tiba di perairan republik itu diangkut menggunakan kapal Heavy Load Carrier “Rolldock Storm” menggunakan laluan Selat Melaka.

Ketibaan “Impeccable” di perairan Singapura menggunakan kapal Rolldock Storm telah disambut oleh kapal peronda Tentera Laut Republik Singapura, RSS Unity serta sepasang pesawat pejuang F-16C milik tentera udaranya yang juga bertindak sebagai “pengiringnya.”

Bagi penganalisis kapal selam serantau, kapal selam terbaru milik Singapura itu  merupakan aset bawah permukaan air yang paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.

 Rekabentuk kapal selam terbaru Singapura  yang direkabentuk khusus untuk republik  itu dikatakan hampir sama dengan kapal selam Dolphin-2 Tentera Laut Israel (berkemungkinan sistem sensor dan lain juga adalah sama).

Kapal selam milik Tentera Laut Israel itu juga telah dibina oleh anak syarikat TKMS, HDW.

Singapura
Kapal selam Type 218SG milik Singapura di Kiel, Jerman. (kredit Schlepp-und Fahrgesellesschadt Kiel)

 

Dengan berat kira-kira 2,200 tan, kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik Singapura itu boleh beroperasi 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam lain yang kini dimiliki oleh republik itu, selain dilengkapi dengan sistem persenjataan dan sensor yang jauh lebih baik.

Kemasukan  “Invincible”, “Impeccable” serta dua buah kapal selam yang masih dibina iaitu“Illustrious” dan “Inimitable” bakal melonjakkan lagi kekuatan peperangan bawah permukaan laut Tentera Laut Singapura ke tahap yang lebih tinggi, yang selama ini mempertaruhkan kapal-kapal selam terpakai miliknya daripada kelas-Archer dan kelas-Challenger.

Kesemua kapal selam terbaru Singapura itu mempunyai berat 2,000-2,200 tan (apabila di bawah permukaan) dan kelajuan 15 knot.

Ia memiliki panjang 70 meter dan lebar lebih 6 meter.

Type 218SG
Kapal selam terbaru Singapura,”RSS Invincible” di Limbungan kapal di Kiel, Jerman.

 

 Kapal selam Singapura ini memiliki lapan corong torpedo yang bukan sahaja boleh melancarkan torpedo berkaliber 533mm tetapi juga peluru berpandu anti kapal.

Ia juga akan dilengkapi dengan Air Independent Propulsion (AIP) menggunakan teknologi Fuel Cell yang membolehkan kapal selam itu menyelam 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam yang lain.

Sistem kombatnya pula direkabentuk oleh Atlas Elektronik dan ST Elektronics. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...