Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Abrams, Black Panther “Tewas” Kepada Leopard 2

Laporan menyatakan antara sebab paling utama mengapa negara Baltik itu, Lithuania memilih Leopard 2 itu adalah kerana kos penyelenggaraannya adalah 1.5 kali lebih murah berbanding kereta kebal Abrams dan Black Panther.

0 6,277

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Negara Baltik, Lithuania yang bersempadan Belarus, yang merupakan sekutu kuat Russia telah memilih kereta kebal Leopard 2 buatan Jerman dalam pemilihan akhir untuk melengkapkan tentera daratnya.

Dalam pemilihan akhir Lithuania itu, kereta kebal Leopard 2 yang menjadi pilihan telah “menewaskan” kereta-kereta kebal lain termasuklah kereta kebal Abrams buatan Amerika Syarikat dan kereta kebal Black Panther buatan Korea Selatan.

Laporan menyatakan antara sebab paling utama mengapa negara Baltik itu memilih Leopard 2 itu adalah kerana kos penyelenggaraannya adalah 1.5 kali lebih murah berbanding kereta kebal Abrams dan Black Panther.

Leopard 2
Leopard 2

 

Menurut Menteri Pertahanan negara anggota NATO, pemilihan kereta kebal Leopard 2 itu dilakukan selepas kajian pasaran dan angkatan tentera yang terperinci, dengan surat niat akan dikeluarkan kepada kerajaan Jerman bagi perolehan itu.

Antara kriteria  utama dalam pemilihan kereta kebal Leopard 2 oleh Lithuania adalah harganya dan kos penyelenggaraan, keperluan operasional, mobility, keselamatan, adaptasi, pertahanan, kuasa tembakan dan interoperabiliti.

Menteri Pertahanan Lithuania itu bagaimanapun tidak memberitahu tentang harga perolehan kereta kebal Leopard 2 itu, variannya dan jumlahnya.

Bagaimanapun Panglima Angkatan Tentera negara Baltik itu pada Mac lepas menyatakan bahawa negara terbabit bercadang memperolehi kira-kira 54 buah kereta kebal Leopard 2.

Abrams
Kereta kebal Abrams memiliki berat 70 tan.

 

Laporan menyatakan bahawa angkatan tentera Lithuania memilih kereta kebal Leopard 2 kerana ia memenuhi keperluan negara itu sementara kereta-kereta kebal Abrams dan Black Panther tidak memenuhi semua keperluan yang digariskan.

Salah satu kelebihan kereta kebal Leopard 2 itu adalah – ia turut digunakan oleh 14 buah anggota NATO yang lain, sekaliguskan memudahkan aspek interoperability di antara negara-negara anggota perikatan ketenteraan itu.

Kereta kebal Abrams hanya digunakan oleh Amerika Syarikat, Poland dan negara-negara Arab manakala kereta kebal Black Panther pula digunakan oleh tentera Korea Selatan dan Poland.

Walaupun ketiga-tiga kereta kebal itu memerlukan tempoh di antara empat hingga enam tahun sebelum ia dihantar ke Lithuania, namun proses perolehan oleh Leopard 2 adalah lebih mudah.

Bimbang dengan pencerobohan tentera Russia terhadap Ukraine, Lithuania bercadang mewujudkan sebuah divisyen combined arms yang dilengkapi dengan ketumbukan kereta kebal,infantry, kereta perisai, artilleri dan pelbagai kelengkapan yang lain.

K2 Black Panther
Kereta kebal utama K2 Black Panther Korea Selatan

 

Bukan hanya Lithuania, tetapi negara-negara Eropah yang bimbang akan apa yang sedang berlaku di Ukraine telah mula meningkatkan pertahanan mereka dengan memperolehi kereta-kereta kebal bagi berhadapan dengan “kemaraan” tentera Russia di Eropah.

Baru-baru ini, Republik Czech turut memutuskan untuk memperolehi 50 buah varian terkini kereta kebal Leopard 2 A7+. — DSA

donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...