KD Lekir Sertai Pelayaran Berkumpulan Multinasional Di Lautan Pasifik
Kapal-kapal perang negara lain yang terlibat dalam pelayaran bersama di Lautan Pasifik itu adalah RSS Intrepid daripada Tentera Laut Singapura, INS Satpura daripada Tentera Laut India, KRI I Gusti Ngurah Rai daripada Tentera Laut Indonesia dan BRP Antonio Luna daripada Tentera Laut Singapura.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kapal korvet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Lekir telah terlibat dalam pelayaran berkumpulan dengan beberapa buah kapal lain di panggil “Multinational Group Sail” (MNGS) di Lautan Pasifik pada 16 hingga 18 Jun yang lalu.
Kapal-kapal perang negara lain yang terlibat dalam pelayaran bersama di Lautan Pasifik itu adalah RSS Intrepid daripada Tentera Laut Singapura, INS Satpura daripada Tentera Laut India, KRI I Gusti Ngurah Rai daripada Tentera Laut Indonesia dan BRP Antonio Luna daripada Tentera Laut Filipina.
Kementerian Singapura dalam posting mereka di Facebook hari ini berkata, kesemua kapal perang terbabit turut melaksanakan latihan ketika di dalam transit daripada Guam ke Kepulauan Hawaii.

Keempat-empat buah kapal perang terbabit sedang belayar ke Kepulauan Hawaii untuk menyertai latihan maritim terbesar dunia, Rim of the Pacific Exercise (Ex RIMPAC) yang dianjurkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.
RIMPAC yang diadakan dua tahun sekali akan berlangsung di perairan Hawaii bermula daripada 30 Jun hingga 5 Ogos depan.
Menurut posting Kementerian Pertahanan Singapura itu, ini merupakan penyertaan kali ke-lapan Tentera Laut Singapura dengan latihan ini.
Eksesais RIMPAC merupakan latihan laut terbesar di dunia yang dianjurkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan disertai oleh 26 buah negara-negara rakan dan sekutunya.
Dijangkakan sebanyak 41 buah kapal perang daripada negara-negara peserta bakal terlibat dengan eksesais RIMPAC itu termasuk empat buah kapal selam, lebih daripada 170 buah pesawat dan 25,000 anggota tentera daripada 27 buah negara kesemuanya.

Eksesais RIMPAC yang mula diadakan bermula tahun 1977 itu bertujuan untuk mengumpulkan tentera-tentera laut di rantau Pasifik yang beroperasi di kawasan perairan itu.
Antara latihan-latihan yang bakal diadakan semasa eksesais RIMPAC itu termasuklah anti-submarine warfare (ASW), operasi amfibia, latihan bantuan kemanusiaan, tembakan peluru berpandu dan lain-lain bagi memupuk interoperabiliti di antara negara-negara peserta.
Comments are closed.