Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Helikopter MD530G Buat “Kemunculan” Di Latihan Kuasa Tembakan 2022

Ketika terbang di Lapang Sasar Asahan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas hari ini, helikopter-helikopter penyerang ringan MD530G yang dioperasikan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) itu kelihatan dilengkapi dengan pod-pod roket serta pod mesingan berat.

0 2,541

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hanya seminggu selepas selesai menjalani Final Acceptance Test (FAT) dan diisytiharkan sebagai “airworthy” (layak untuk terbang), helikopter penyerang ringan MD530G  milik Tentera Darat telah membuat kemunculan pada raptai Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 bertempat di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan.

LKT 2022 yang merupakan acara tahunan, melibatkan beberapa aset-aset utama Tentera Darat seperti kereta kebal “Pendekar”, kereta perisai “Adnan ACV 300”, meriam 155mm, Gempita 8×8 dan pelbagai sistem persenjataan yang lain.

Latihan Kuasa Tembakan itu bakal berlangsung esok (Selasa, 21 Jun)

Gempita
(kredit Tentera Darat Malaysia)

 

Ketika terbang di lapang sasar itu hari ini,helikopter-helikopter penyerang ringan MD530G yang dioperasikan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) itu kelihatan dilengkapi dengan pod-pod roket serta pod mesingan berat.

Dalam satu kenyataan pada Bursa Malaysia pada minggu lepas, syarikat Destini Bhd (Destini) menyatakan bahawa ia telah menyelesaikan penghantaran enam buah helikopter peninjau/penyerang ringan MD530G kepada tentera darat.

Selesainya FAT itu juga menandakan tamatnya episod kelewatan penghantaran helikopter itu kepada Malaysia selama bertahun-tahun lamanya.

MD530G
(kredit Tentera Darat Malaysia)

 

Keenam-enam buah helikopter MD530G itu dibangunkan oleh syarikat MD Helicopters daripada Amerika Syarikat.

Malaysia memperolehi keenam-enam helikopter peninjau/tempur ringan itu yang bernilai RM321 juta pada 2015.

 Keenam-enam helikopter tempur ringan yang tiba di negara ini pada Februari lepas melalui jalan laut akan dioperasikan oleh PUTD dan ditempatkan di pangkalan PUTD di Kluang serta di ESSCOM di Pantai Timur Sabah.

Sebagai sebahagian daripada kontrak, lapan juruterbang dan lima mekanik daripada Pasukan Udara Tentera Darat telah menyelesaikan latihan operasi Forward Arming and Refuelling Point (FARP) di West Texas.

MD530G

Keenam-enam helikopter itu adalah helikopter penyerang ringan yang berdasarkan kepada airframe Model 500/530.

Helikopter MD530G sebagaimana dioperasikan oleh Malaysia itu menyaksikan ia mengintegrasi sensor  Wescam L3 MX10D dan Pathfinder Ares Weapons Management System daripada Tek Fusion.

Integrasi sistem-sistem terbabit adalah untuk membantu penggunaan Dillion M134 Mini Gun, FN Herstal Heavy Machine Gun dan Rocket Machine Gun pods serta 2.75-inch Folding-Fin Aerial Rockets (guided and unguided).

MD530G
Kereta kebal “Pendekar” melepaskan tembakan daripada meriam 125mm pada raptai Latihan Kuasa Tembakan 2022. ((kredit Tentera Darat Malaysia)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Helikopter penyerang ringan MD530G itu memberikan kemampuan close-in support pada waktu malam dan siang selain kemampuan pemantauan serta pengawasan.

ATM membeli keenam-enam buah helikopter tempur ringan sebagai reaksi terhadap insiden pencerobohan kumpulan bersenjata daripada selatan Filipina di Lahad Datu pada 2013. — DSA

Comments
Loading...