Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

BAE Systems Bofors Ketengah Sistem Artilleri Bergerak “Archer”

Dibangun menggunakan meriam FH77 BW 155mm/L52, sistem artilleri Archer itu berkemampuan untuk membedil sasaran sejauh 40km menggunakan peluru-peluru yang standard dan 60km menggunakan peluru Excalibur.

0 1,166

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sistem artilleri Archer telah dibangunkan oleh syarikat BAE System Bofors yang berpengkalan di Karlskoga, Sweden dan merupakan sistem artilleri bergerak yang berkuasa tinggi dan mobile menggunakan kenderaan 6×6 atau 8×8 yang mampu bergerak di atas semua bentuk muka bumi.

Dibangun menggunakan meriam FH77 BW 155mm/L52, sistem artilleri Archer itu berkemampuan untuk membedil sasaran sejauh 40km menggunakan peluru-peluru yang standard dan 60km menggunakan peluru Excalibur.

Ya, sistem artilleri Archer mengguna meriam FH77 yang dibangunkan oleh syarikat Bofors ketika ketegangan Perang Dingin antara Barat dan Komunis.

Archer

Sekiranya menggunakan peluru M982 Excalibur oleh firma Raytheon/Bofors maka sistem artilleri bergerak Archer itu mampu membedil sasaran sehingga sejauh 60km, selain ia juga boleh memusnahkan sasaran menggunakan peluru “Bonus” untuk memusnahkan sasaran menggunakan kaedah “top attack” seperti kereta kebal utama dan lain-lain lagi.

Sistem artilleri Archer ini merupakan sistem meriam yang boleh beroperasi secara sendirian (autonomous) dan digunakan pada medan peperangan tradisional untuk memberikan bantuan tembakan kepada unit-unit lain.

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk tugas-tugas pengamanan.

archer

Untuk membolehkan sistem artilleri Archer ini mampu beroperasi secara sendirian, ia dilengkapi dengan sistem kawalan penembakan, inertial navigation dan muzzle velocity radar dimana data daripada radar itu diproses oleh sistem kawalan penembakan bagi memastikan tembakan tepat mengenai sasaran.

Archer juga boleh digandingkan dengan Remote Control Weapon System (RCWS) menggunakan mesingan 7.62mm atau 12.7mm.

Sistem ini dioperasikan oleh tiga atau empat orang krew yang berada di dalam kabin kalis peluru pada kenderaan yang boleh bergerak selaju 70km sejam untuk jarak operasi ratusan kilometre merentasi pelbagai bentuk muka bumi.

archer

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Keseluruhan berat sistem artilleri Archer ini mencecah 30 tan tetapi ia masih boleh dibawa menaiki pesawat pengangkut A400M untuk memudahkan ia dikerahkan ke mana-mana konflik bersenjata.

Beberapa hari lepas ketika pameran Eurosatory di Perancis, kerajaan Sweden telah bersetuju untuk mendapatkan lagi 24 buah sistem meriam Archer bagi menambah 48 buah sistem yang telah dimilikinya pada ketika ini.

Sweden merupakan pelanggan pertama yang menggunakan sistem artilleri Archer. — DSA

 

 

Comments
Loading...