Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam Pembawa Peluru Berpandu ICBM, USS Alabama Kini Meronda di Pasifik

Pengumuman kerahan kapal selamnya sama ada menerusi media konvensional atau media sosial berkemungkinan besar bertujuan menyampaikan “mesej” kepada pihak tertentu.

1,339

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kebiasaannya kerahan kapal selam ke sesuatu lokasi tidak dihebohkan malah ia amat dirahsiakan, tetapi Armada Kapal Selam Pasifik Amerika Syarikat kebelakangan ini telah bertindak menghebahkan kerahan kapal selam-kapal selamnya.

Pengumuman tentang kerahan kapal selam,  sama ada menerusi media konvensional atau media sosial berkemungkinan besar bertujuan menyampaikan “mesej” kepada pihak tertentu.

Pada pendapat admin, hanya dua sasaran utama “mesej” yang cuba disampaikan oleh Amerika Syarikat iaitu China dan Russia.

Dan hari ini, akaun Twitter Armada Kapal Selam Pasifik Amerika Syarikat di @PacificSubs dalam ciapannya mengatakan bahawa sebuah kapal selam pembawa peluru berpandu ballistic kelas-Ohio “USS Alabama” (SSBN-731) kini berada dan aktif di perairan Pasifik.

Menurut armada lagi dalam ciapannya yang ringkas,  USS Alabama berada di perairan Pasifik untuk menyokong sekutu dan rakan-rakannya dalam memastikan perairan di rantau Pasifik itu kekal bebas, yang jelas menyindir China atas mendakwa bahawa 90 peratus daripada Laut China Selatan itu adalah miliknya.

USS Alabama
Anak-anak kapal kapal selam kelas-Ohio “USS Alabama.” (gambar kredit Pacific Sub Forces)
USS Alabama
(gambar kredit Pacific Sub Forces)

 

Akaun Twitter Armada Kapal Selam Amerika Syarikat itu turut menyiarkan gambar-gambar operasi kapal selam USS Alabama dan anak kapalnya di perairan Pasifik.

Dan kapal selam nuklear pembawa peluru berpandu ballistik antara benua itu (Inter Continental Ballistic Missile – ICBM) “USS Alabama” itu bukan calang-calang kapal selam kerana muatan senjata yang dibawanya.

Kapal selam peluru berpandu ballistic kelas-Ohio  yang panjang kira-kira 170 meter dan  memiliki berat lebih 19,000 tan (submerged) dilaporkan membawa persenjataan termasuk torpedo dan peluru berpandu ballistic antara benua.

Alabama

Kapal selam “USS Alabama”ini dikatakan membawa sehingga 24 butir peluru berpand ballistik UGM-133A Trident II, yang setiap satunya itu mempunyai berat 59,000 kilogram.

Bersesuaian dengan namanya iaitu – Inter Continental Ballistic Missile atau Peluru Berpandu Antara Benua, maka jarak sasaran effektif-nya UGM-133A Trident II sebagaimana laporan-laporan sebelum ini adalah sejauh lebih 12,000km.

Kemampuan sebenar daripada segi jarak effektif peluru berpandu itu, bagaimanapun,masih menjadi rahsia.

Menurut pemerhati pertahanan, sekurang-kurangnya tiga buah kapal selam pembawa peluru berpandu ballistik antara benua kelas-Ohio kini sedang melakukan rondaan di laut dalam perairan Pasifik.

Apa yang menarik juga adalah, kapal selam USS Alabama ini pernah menjadi set lakonan filem tahun 1995 “Crimson Tide” lakonan Denzel Washington dan Gene Hackman.

Trident
Peluru berpandu ballistik antara benua “Trident.”

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.