Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Rakaman Video Trak Pemusnah Bahan Letupan Meletup Di Los Angeles, 17 Cedera

Trak pemusnah bom terbabit sepatutnya mampu menahan kekuatan letupan IED itu tetapi ia gagal, menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang terdiri daripada 10 anggota penguatkuasa dan tujuh orang awam.

0 2,259

(DEFENCE SECURITY ASIA) – 17 orang dilaporkan cedera di Los Angeles, selepas sebuah trak pemusnah bom (bomb disposal truck) milik pihak polis tempatan meletup ketika usaha meletupkan bahan letupan buatan sendiri (improvised explosive device – IED) yang dirampas daripada penduduk.

Trak pemusnah bom terbabit sepatutnya mampu menahan kekuatan letupan IED itu tetapi ia gagal, menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang terdiri daripada 10 anggota penguatkuasa dan tujuh orang awam.

Tiga daripada yang cedera itu berada dalam keadaan kritikal.

“Trak (pemusnah bom) itu sepatutnya memiliki kekuatan untuk melupuskan IED itu, tetapi sesuatu berlaku pada trak itu yang tidak sepatutnya berlaku dan kami tidak tahu mengapa ia berlaku,” kata Ketua Polis Los Angeles Michel Moore.

Terdahulu, pihak polis menerima laporan tentang penemuan mercun dan bunga api yang disusun setinggi lapan hingga 10 kaki tinggi.

 

Mereka turut menemui IED  dan bertindak melupuskannya menggunakan trak pemusnah bom yang memiliki kontena khas untuk melupuskan IED itu.

Seorang lelaki telah ditahan, menurut polis Los Angeles dan menambah, mercun dan bunga api itu sepatutnya dijual pada sambutan 4 Julai iaitu Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat.

Trak bom

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...