Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KAI Sasar Mula Eksport KF-21 “Boramae” Pada 2028. Malaysia Tak Berminat Ke?

Korea Aerospace Industries (KAI) yang turut membangunkan pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) T-50/FA-50 yang turut ditawarkan kepada Malaysia, dilaporkan berhasrat untuk mula mengeksport pesawat KF-21 “Boramae” bermula pada tahun 2028.

0 3,418

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Selatan telah membelanjakan kira-kira US$8 bilion (RM32 bilion) untuk membangunkan pesawat pejuang KF-21 Boramae (dahulu dikenali dengan nama KF-X) yang bakal melakukan penerbangan sulungnya pada akhir bulaan ini (jangkaan terkini).

Dua puluh peratus daripada kos pembangunan itu telah disumbang oleh Indonesia yang menyertai program pembangunan pesawat pejuang generasi 4.5 itu. (admin berpendapat suatu langkah yang baik oleh Jakarta). Kenapa kita tidak mengambil pendekatan yang sama seperti Indonesia?

Syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) bertanggungjawab membangunkan pesawat itu yang digambarkan oleh pemerhati adalah “versi F-22 Asia”  kerana rekabentuknya yang hampir menyerupai pesawat generasi kelima keluaran syarikat Lockheed Martin itu.

Perancangannya adalah untuk KAI membina empat buah pesawat prototaip satu tempat duduk dan dua pesawat protaip dua tempat duduk KF-21 untuk melakukan ujian-ujian penerbangan, yang bakal bermula pada jangkaannya pada akhir bulan ini.

Sekiranya kesemua ujian penerbangan itu berjalan dengan lancar, maka kontrak pengeluaran pesawat KF-21 itu akan ditandatangani pada tahun 2024 dengan penghantaran kepada Tentera Udara Korea Selatan bermula pada tahun 2026.

Penghantaran pertama sudah semestinya akan dilakukan terhadap Tentera Udara Korea Selatan yang mahu menggunakan pesawat-pesawat KF-21 itu untuk menggantikan pesawat F-5 dan Phantom miliknya yang telah berusia.

Boramae

KAI merancang untuk membekalkan 40 buah KF-21 Block 1 yang direkabentuk untuk misi udara-ke-udara pada tahun 2028, diikuti oleh 80 buah pesawat Block 2 itu untuk misi udara-ke-darat pada tahun 2032.    

KAI yang turut membangunkan pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Fighter Aircraft (FLIT/LCA) T-50/FA-50 sebagaimana yang ditawarkan kepada Malaysia, juga dilaporkan berhasrat untuk mula mengeksport pesawat pejuang KF-21 “Boramae” kepada pelanggan-pelanggan yang berminat pada tahun 2028.

Tahun 2028 adalah tahun yang sama dimana KAI mula membekalkan pesawat KF-21 Block 1 untuk misi udara-ke-udara kepada Tentera Udara Korea Selatan.

Bercakap tentang pasaran eksport bagi pesawat KF-21, selain Indonesia yang merupakan rakan kongsi pembangunan pesawat itu, syarikat KAI turut mensasarkan beberapa negara lain terutamanya yang telah pun menggunakan pesawat FLIT/LCA T-50/FA-50.

KF-21

 

Sebagai negara yang turut membangunkan pesawat KF-21, Indonesia dikatakan akan diberikan prioriti untuk mendapatkan 40 buah pesawat pejuang itu.

Tahniah Indonesia kerana memiliki visi dan komitmen politik untuk terlibat sama dalam program pembangunan pesawat generasi 4.5 itu, sekaligusnya memberi peluang kepada pakar-pakar dan industri pertahannya untuk mendalami teknologi pembuatan pesawat pejuang terkini.

Antara negara-negara yang disasarkan oleh KAI untuk pesawat KF-21 termasuklah negara jiran kira iaitu Filipina dan Thailand serta Iraq yang merupakan negara pengguna T-50 dan FA-50.

Selain itu,syarikat itu juga bercadang memasarkan pesawat KF-21 itu kepada negara-negara seperti Peru, Qatar, Senegal dan Malaysia.

 

Dengan harga per-unit pada US$65 juta (RM260 juta) sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media pertahanan antarabangsa, harga KF-21 (mungkin Block 1) adalah lebih rendah berbanding pesawat-pesawat generasi 4.5 yang lain seperti Rafale dan Eurofighter Typhoon.

Dalam temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris, Asian Defence Journal keluaran … tahun lepas, bekas Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad pernah berkata walaupun perancang-perancang program CAP55 sentiasa memantau evolusi sistem pertahanan di pasaran, tetapi adalah terlalu awal untuk memastikan kesesuaian pesawat KF-21 itu terhadap keperluan TUDM.

“Sebagaimana disebut sebelum ini, pesawat-pesawat pejuang MRCA TUDM ketika ini iaitu F/A-18C/D dan Su-30MKM akan terus beroperasi sehingga tahun 2035 dan 2040 selepas pelbagai usaha kejuruteraan untuk memastikan keberkesanannya dan kerelevanannya kepada tentera udara,” kata beliau dalam temuramah itu.

FA-50
Radar AESA untuk pesawat KF-21 “Boramae.”

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

KF-21
Persamaan dan perbezaan diantara KF-21 Boramae dan F-22 Raptor

 

Jika Malaysia berminat untuk mendapatkan pesawat KF-21 itu, ia boleh mempertimbangkan varian Block 3  yang dikatakan bakal dipertingkatkan keupayaan serta diubahsuai untuk menjadi pesawat generasi kelima dan halimunan.

Antara ubahsuai besar yang bakal dilaksanakan pada pesawat KF-21 Block 3 adalah menyediakan tempat penyimpanan untuk bom-bom dan peluru berpandu yang dibawanya atau “internal weapon bays” bagi mengurangkan lagi radar-cross section pesawat itu bagi membolehkan ia selari dengan kemampuan pesawat halimunan. — DSA

 

 

Comments
Loading...