Jepun Lancar Kapal Selam Kelas-Taigei Yang Ketiga
Berkuasa diesel-elektrik, kapal selam kelas-Taigei dikatakan adalah kapal selam tercanggih Jepun dengan kemampuan untuk berada di bawah permukaan laut lebih lama berbanding kapal-kapal selam konvensional yang lain hasil penggunaan bateri Lithium-ion.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Japan Maritime Self-Defense Force (JMSDF) atau Tentera Laut Jepun secara ringkasnya telah melancarkan kapal selam kelas-Taigei yang ketiga dinamakan “Jingei” di limbungan kapal milik Mitsubishi Heavy Industries (MHI) di Kobe.
Kapal selam kelas-Taigei merupakan kapal selam diesel elektrik termoden yang dimilik oleh Tentera Laut Jepun.
Kapal selam pertama daripada kelas itu, Taigei telah dilancarkan oleh MHI pada Oktober 2020 dan ditauliahkan oleh Tentera Laut Jepun pada Mac 2022, manakala kapal selam kedua kelas-Taigei “Hakugei” telah dilancarkan oleh Kawasaki Heavy Industries (KHI) pada Oktober 2021.

Kapal selam “Jingei” dijangka diserahkan kepada Tentera Laut Jepun pada tahun depan.
Jepun memiliki sejarah yang panjang dalam membina kapal selam konvensional yang berkeupayaan tinggi dan tradisi itu diteruskan dengan pembinaan tujuh buah kapal selam kelas-Taigei yang bermaksud “Big Whale” atau “Ikan Paus Besar” di dalam bahasa Jepun.
Berkuasa diesel-elektrik, kapal selam kelas-Taigei dikatakan adalah kapal selam tercanggih Jepun dengan kemampuan untuk berada di bawah permukaan laut lebih lama berbanding kapal-kapal selam konvensional yang lain.
Tempoh kapal selam kelas-Taigei sepanjang 84 meter dan berat 3,000 tan berada di bawah permukaan laut hanya dapat diatasi oleh kapal-kapal berkuasa nuklear, sebagaimana di dakwa oleh penganalisis pertahanan Jepun.
Mengapa kapal selam kelas-kelas Taigei itu boleh berada di bawah permukaan dengan lama?

Jawapannya adalah bateri Lithium-Ion yang dibawa oleh kapal selam moden itu untuk menyimpan kuasa elektrik yang dijana oleh enjin diesel kapal selam itu bagi membolehkannya berada di bawah permukaan laut lebih lama dan bergerak lebih pantas.
Jepun telah menjalankan kajian yang terperinci tentang penggunaan bateri Lithium-Ion untuk kapal-kapal selamnya sejak awal tahun 2000.
Comments are closed.