Kapal Pengangkut Pesawat Jepun, “JS Izumo” Akan Ke Indo-Pasifik
Kerahan kapal “JS Izumo” itu ke Indo-Pasifik yang bakal dilengkapi dengan pesawat F-35 itu adalah berkemungkinan adalah usaha untuk menghalang China daripada “menguasai” lebih banyak kawasan perairan di rantau itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Jepun akan mengerah kapal LHD (Landing Helicopter Dock) “JS Izumo” miliknya yang sedang diubahsuai untuk menjadi kapal pengangkut pesawat, ke perairan di Indo-Pasifik bermula pada 13 Jun ini sehingga 28 Oktober.
Kerahan kapal “JS Izumo” itu ke Indo-Pasifik yang bakal dilengkapi dengan pesawat F-35 itu adalah berkemungkinan adalah usaha untuk menghalang China daripada “menguasai” lebih banyak kawasan perairan di rantau itu.
JS Izumo merupakan kapal pengangkut pesawat Jepun yang pertama sejak Perang Dunia Kedua.
Pelayaran kapal perang Jepun itu akan turut disertai oleh kapal-kapal milik Japan Maritime Self Defense Force (JMSDF) seperti kapal destroyer, JS Takanami dan JS Kirisame serta kapal selam milik negara itu.
Ia akan turut diiringi oleh aset udara termasuk pesawat peronda maritim (MPA) iaitu P-1 Kawasaki.
Kapal pengangkut pesawat mini Jepun dan kapal-kapal perang yang lain dijangka akan melakukan persinggahan di 12 buah negara terutamanya di negara-negara di Pasifik Selatan seperti Tonga, Fiji, Kepulauan Salomon dan Vanuatu.
Baru-baru ini, kerajaan China telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan pihak berkuasa Kepulauan Salomon, dengan pakar-pakar keselamatan antarabagsa mendakwa perjanjian persefahaman antara kedua-dua pihak itu bertujuan membolehkan China membina pangkalannya di Indo Pasifik.
Jika China memiliki pangkalan tenteranya di Indo-Pasifik, maka buat pertama kalinya Beijing akan mempunyai markas tentera berhampiran dengan Amerika (kepulauan Hawaii)
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Pulau Hawaii itu juga adalah pangkalan tentera utama kepada Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat bimbang sekiranya China menempatkan kapal-kapal perangnya ke kawasan Indo-Pasifik maka suasana akan menjadi lebih tegang.
Sementara itu, Jepun telah pun memesan 105 buah pesawat F-35 untuk tentera udaranya, dengan kira-kira 40 adalah di dalam versi F-35B STOVL
Pessawat F-35B (Short Take Off and Vertical Landing) itu adalah varian yang boleh berlepas dan mendarat daripada kapal pengangkut pesawat atau landasan yang amat pendek.– DSA
Comments are closed.