Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jawatankuasa Kabinet Tentang Projek Kapal LCS Adakan Mesyuarat

Pembinaan enam buah kapal LCS bernilai RM9 bilion yang direkabentuk mengikut kapal friget “Gowind” DCNS daripada Perancis itu bermula pada 3 Oktober 2013 dan sepatutnya tamat pada 2 Oktober 2023 dengan kesemua enam buah kapal itu siap sepenuhnya dan diserahkan kepada TLDM.

0 1,829

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam, Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai halatuju pemulihan dan penerusan program pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) telah mengadakan mesyuarat.

Mesyuarat itu telah dihadiri oleh Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar serta wakil-wakil kementerian lain.

“Hari ini (semalam) Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah bermesyuarat mengenai halatuju pemulihan dan penerusan program Littoral Combat Ship (LCS) seperti yang diinginkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). 

“InsyaAllah, hasil mesyuarat ini akan dibentangkan semula ke Jemaah Menteri seperti diarahkan dalam masa terdekat. Turut hadir tadi ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar; Menteri Kewangan Tengku Zafrul; dan wakil Kementerian-Kementerian yang berkaitan,” menurut FB Hishammuddin.

Diharapkan mesyuarat ini dapat membuahkan hasil yang amat positif bagi membolehkan kita dapat melihat projek pembinaan enam buah kapal LCS itu siap, walau sudah terlewat beberapa tahun.

LCS
FB Hishammuddin

 

Tidak lama dahulu, Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata Kementerian Pertahanan mensasarkan pembinaan kapal LCS yang pertama untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hanya akan disiapkan sepenuhnya pada tahun 2025.

“Sasarannya adalah Tentera Laut Diraja Malaysia akan memperolehi kapal LCS yang pertama tahun 2025,” kata beliau di Parlimen dan menambah, selepas kapal yang pertama siap pada tahun 2025, lima lagi buah kapal seterusnya dijangka siap setiap tahun selepas itu.

Kita kena tunggu tiga tahun lagi untuk kapal LCS  itu siap (itu pun tiada jaminan bahawa ia akan siap pada tahun 2025)

LCS
FB Hishammuddin Hussein

 

Bagaimanapun kesemua perancangan itu bergantung sama ada pelan pemulihan projek pemulihan pembinaan kapal LCS itu mendapat kelulusan daripada Kabinet apabila ia dibentangkan tidak lama lagi.

Pembinaan enam buah kapal LCS bernilai RM9 bilion yang direkabentuk mengikut kapal friget “Gowind” DCNS daripada Perancis itu bermula pada 3 Oktober 2013 dan sepatutnya tamat pada 2 Oktober 2023 dengan kesemua enam buah kapal itu siap sepenuhnya dan diserahkan kepada TLDM.

LCS
Kapal LCS TLDM.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Menurut Menteri Pertahanan itu lagi, sehingga 31 Oktober tahun ini kapal-kapal LCS itu hanya mencapai kemajuan  pembinaan sebanyak 57.5 peratus berbanding 96.57 peratus yang sepatutnya dicapai dalam jadual asal.

Projek pembinaan enam buah kapal LCS itu katanya, telah mengalami kelewatan sebanyak 39.52 peratus atau 43 bulan. — DSA

 

 

 

Comments
Loading...