Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Hishammuddin Akan Ke China Dalam Jangka Masa Terdekat

Malaysia menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, perlu mengelak daripada daripada terlibat dalam pertembungan antara dua kuasa besar yang boleh mencetuskan insiden yang sukar untuk dibendung.

0 1,594

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan ke China dalam masa terdekat ini untuk mendapatkan pandangan daripada negara kuasa besar itu berkenaan isu kerjasama keselamatan yang baru membabitkan Australia, Britain dan Amerika Syarikat (AUKUS).

“Saya bercadang dalam tempoh terdekat ini untuk melakukan lawatan kerja singkat ke China bagi mendapatkan pandangan kepemimpinan khususnya pertahanan negera tersebut.”

“Apa pandangan mereka (China) terhadap AUKUS yang telah diumumkan tiga negara tersebut dan apa tindakan mereka (China) susulan daripada apa yang diumumkan,” katanya di Parlimen hari ini ketika menggulung titah Yang Di-Pertuan Agong.

Admin tak faham mengapa kita perlu ke Beijing untuk mendapatkan pandangan mereka tentang AUKUS. Kalau ke China untuk beritahu Beijing supaya berhenti ceroboh perairan dan ruang udara negara, admin ok.

Hopefully tiada ada lagi episod “elder brother” lagi ketika kunjungan ke Beijing nanti.

Ok kita sambung balik tentang Hishammuddin, beliau berkata, AUKUS boleh menyebabkan kegusaran dan menjejaskan keamanan di rantau Asia Tenggara.

Oleh kerana itulah, isu mengenainya harus ditangani dengan baik.

USS Wyoming
Kapal selam berkuasa nuklear kelas-Ohio “USS Wyoming.”

 

Malaysia menurutnya, perlu mengelak daripada daripada terlibat dalam pertembungan antara dua kuasa besar yang boleh mencetuskan insiden yang sukar untuk dibendung.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu berkata bahawa dua hari lepas beliau sudah dihubungi oleh Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton mengenai AUKUS itu.

“Dua hari lalu, saya telah mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Pertahanan Australia dan turut menasihati beliau selain mendekati Malaysia adalah penting untuk mendekati Brunei sebagai Pengerusi ASEAN serta negara-negara CLMV (Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam),” tambahnya.

Ini kerana negara-negara CLMV diketahui rapat dengan China.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan baru-baru ini menyuarakan kegusaran terhadap penubuhan kerjasama keselamatan tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (Aukus) yang bakal memangkin kepada perlumbaan persenjataan nuklear di rantau Indo-Pasifik.

Beliau juga menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan meluahkan mengenai kegusaran kerjasama itu.

Bagaimanapun, Morrison memaklumkan dan memberi penjelasan kepada Malaysia mengenai penubuhan kerjasama Aukus adalah untuk membantu Australia memperoleh kapal selam berkuasa nuklear.

“Perdana Menteri Malaysia menyuarakan kegusaran terhadap kerjasama AUKUS ini yang bakal memangkin perlumbaan persenjataan nuklear di rantau Indo-Pasifik.

“Pada masa sama, ia akan memprovokasi kuasa lain untuk turut bertindak lebih agresif di rantau ini terutamanya di Laut China Selatan.

“Sebagai negara dalam Asean, Malaysia memegang prinsip untuk mengekalkan Asean sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN),” kata kenyataan itu.

Ismail Sabri menekankan kepentingan menghormati dan mematuhi pendirian dan pendekatan sedia ada Malaysia terhadap kapal selam berkuasa nuklear yang beroperasi di perairan begara ini termasuk di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Undang-Undang Laut 1982 (United Nations Convention on the Law of the Sea-UNCLOS) dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (Southeast Asia Nuclear Weapons Free Zone-SEANWFZ).

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...