4 Helikopter AW139 TUDM Tampung Sebahagian Operasi EC 725 AP
Helikopter AW 139 TUDM ini akan bmelaksanakan tugasan seperti Air Logistic Support and Resupply Flight, Military and Civil Communication Flight, Medical Evacuation (MEDEVAC), Casualty Evacuation (CASEVAC), Body Evacuation (BODEVAC) dan Humanitarian and Disaster Relief (HADR).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Empat buah helikopter Leonardo AW 139 yang disewa jangka pendek oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan aset mobiliti terbaharu yang akan digunakan bagi pelaksanaan operasi udara melibatkan fleet helikopter.
Menurut TUDM dalam posting dalam media sosialnya semalam, helikopter AW 139 ini akan beroperasi di bawah kendalian No. 3 Skuadron yang sebelum ini merupakan skuadron yang mengoperasikan pesawat helikopter Nuri.
Helikopter itu disewa daripada syarikat Westar Aviation Services Sdn Bhd mengguna konsep GOCOM (Government Operate Company Own and Maintain).
Kontrak sewaan helikopter ini adalah sebahagian daripada perancangan TUDM melalui pelan strategiknya, Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM atau RMAF Capability Development Plan 2055 (RMAF CAP55) serta digariskan dalam RMK-13 (2026-2030) bagi menggantikan operasi helikopter Nuri.
Ia merupakan kaedah jangka pendek yang dilaksanakan secara sewaan (leasing).

Pada masa ini, sebanyak tiga buah helikopter AW 139 telah diterima manakala sebuah helikopter lagi dijadualkan akan diterima pada bulan Mei 2022.
Penerimaan dan pengoperasian helikopter ini adalah bertujuan menampung keperluan operasi yang ketika ini dilaksanakan oleh helikopter EC 725 AP dalam penugasan Combat Search and Rescue (CSAR), Tactical Airlift dan Utiliti yang terkandung di dalam Pelan 4 Dimensi ATM.
TUDM memiliki 12 buah helikopter EC 725 AP (kini dikenali dengan nama helikopter Airbus HC225M).

Dengan pelaksanaan sewaan helikopter ini juga, ianya menjadi platform penting kepada fleet helikopter TUDM untuk mengekal dan meningkatkan kompetensi serta kemahiran anak kapal helikopter.
Secara tidak langsung, ianya dapat memanfaatkan semula kepakaran anak kapal dalam bidang penerbangan.
Comments are closed.