Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Beri Kelulusan Untuk Indonesia Beli 36 F-15EX Bernilai RM55.6 Bilion

Secara keseluruhannya, kerajaan Indonesia dipimpin oleh Presiden Joko Widodo berpotensi membelanjakan sehingga RM88 bilion untuk mendapatkan 42 buah pesawat pejuang Rafale dan 36 buah F-15EX (pending negotiations).

0 9,856

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tidak sampai 24 jam selepas Indonesia mengesahkan pembelian 42 buah pesawat pejuang Omnirole Rafale, Amerika Syarikat pula memberikan kelulusan kepada Jakarta untuk membeli 36 buah pesawat pejuang F-15EX pula.

Walaupun sudah memperolehi kelulusan daripada Amerika Syarikat, ia tidak bermakna Indonesia akan membeli F-15EX  kerana kedua-dua pihak serta syarikat pembuat pesawat itu perlu melakukan rundingan selepas ini.

Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata, sekiranya Indonesia benar-benar membeli 36 buah pesawat F-15EX, ia dijangka menelan belanja sebanyak US$13.9 bilion (RM55.6 bilion).

Pesawat F-15EX ini adalah adalah pesawat F-15C yang dinaiktaraf.

Semalam, Indonesia dijangka membelanjakan US$8.1 bilion (RM32.4 bilion) juta untuk membeli 42 buah pesawat pejuang Rafale buatan syarikat Dassault Aviation daripada Perancis.

F-15EX

Secara keseluruhannya, kerajaan Indonesia dipimpin oleh Presiden Joko Widodo berpotensi membelanjakan sehingga RM88 bilion untuk mendapatkan 42 buah pesawat pejuang Rafale dan 36 buah F-15EX (pending negotiations).

“Daripada kedudukan geo-politik, cadangan penjualan (pesawat-pesawat F-15 kepada Indonesia)  meningkatkan keselamatan rakan serantau yang penting,  yang juga merupakan sumber kekuatan untuk kestabilan politik dan pembangunan ekonomi di Asia Pasifik.” 

“Adalah amat penting bagi Amerika Syarikat membantu Indonesia untuk membangun dan mengekalkan  sistem pertahanan yang kuat dan berkesan,” kata Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam kenyataan terbabit.

F-15EX

Menurut kenyataan daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat, Washington juga meluluskan penjualan 87 buah enjin jet F110-GE-129 or F100-PW-229,  45 AN/APG-82(v)1 Advanced Electronically Scanned Array (AESA) Radars,  45 buah AN/ALQ-250 Eagle Passive Active Warning Survivability Systems (EPAWSS), 48 buah Advanced Display Core Processor (ADCP) II digital computers, 80 buah Joint Helmet Mounted Cueing Systems (JHMCS),  92 buah Embedded Global Positioning Systems (GPS)/Inertial Navigation System (EGI) security devices,  40 buah AN/AAQ-13 LANTIRN navigation pods, 40 buah AN/AAQ-33 Sniper Advanced Targeting Pods (ATP), 40 buah M61A “Vulcan” gun systems dan lain-lain lagi.

Selepas daripada kelulusan itu, kerajaan kedua-dua negara serta syarikat Boeing yang membangunkan pesawat F-15EX akan memulakan rundingan penjualan pesawat itu.

Jika Indonesia membeli pesawat itu, ia akan dikenalpasti dengan identiti F-15ID.

F-15EX

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Antara kemampuan terbaru yang melengkapkan F-15EX adalah radar “AN/APG-82 Active Electronically Scanned Array” yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon yang boleh mengesan lebih banyak sasaran dan daripada kedudukan yang lebih jauh.

Sebuah pesawat F-15EX boleh membawa sehingga 22 buah peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X atau AIM-120 AMRAAM.

Tentera Udara Amerika Syarikat dijangka memperolehi sehingga 90 buah pesawat pejuang F-15EX bagi menggantikan pesawat-pesawat F-15C yang digunakannya pada ketika ini.

Indonesia menjadi negara kedua selepas Singapura untuk menggunakan pesawat F-15, sekirannya ia benar-benar membeli pesawat pejuang yang mula dibangunkan pada tahun-tahun 1970-an. — DSA

 

Comments
Loading...