Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

24 Buah Helikopter Baru Untuk Ganti “Nuri” – Panglima TUDM

Perolehan helikopter-helikopter baru bagi TUDM untuk menggantikan helikopter "Nuri" amat dinanti-nantikan kerana keperluan itu sememangnya sudah lama ditagih oleh kepimpinan TUDM itu sendiri.

0 15,107

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka akan melakukan perolehan sebanyak 24 buah helikopter Search and Rescue (SAR)/Utiliti yang baru bagi menggantikan helikopter Sikorsky S-61A4 “Nuri” pada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) dan Rancangan Malaysia Ke-14 (2031-2035).

Perolehan helikopter baru itu akan dilakukan dalam tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2026 merangkumi dua Rancangan Malaysia.

Panglimanya Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, pembelian helikopter-helikopter SAR/Utiliti yang baru bagi menggantikan Nuri itu adalah untuk memenuhi keperluan TUDM terutamanya dalam melaksanakan operasi mobiliti udara.

“Kumpulan pertama 12 buah helikopter baru itu dirancang untuk memulakan perkhidmatannya (dengan TUDM) pada 2026 untuk menggantikan helikopter yang disewa. Sementara itu kumpulan kedua 12 helikopter baru akan diperoleh selepas itu, menjadikan kesemuanya 24 buah helikopter SAR/Utiliti untuk memenuhi keperluan TUDM.”

Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad

TUDM
TUDM telah menggunakan helikopter Nuri sejak era negara memerangi pengganas Komunis.

 

Beliau berkata, helikopter Nuri yang berusia 50 tahun telah terlalu uzur untuk beroperasi malah kos penyelenggaraannya juga adalah terlalu mahal.

TUDM telah menggunakan helikopter Nuri sejak negara masih memerangi pengganas Komunis.

“Jika TUDM ada duit sekalipun untuk membeli peralatan selenggara Nuri, ia memakan masa yang lama iaitu antara sembilan bulan hingga ke 18 bulan untuk memperoleh alat ganti.

“Selain itu, TUDM mempunyai perancangan untuk menggantikan pesawat berkenaan tetapi ia masih di peringkat penilaian,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media awal yang diadakan pada awal tahun ini.

Panglima TUDM itu dalam temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris itu berkata, usaha penggantikan helikopter Nuri itu akan dilakukan menerusi dua acara,iaitu sewaan helikopter jangka pendek dan perolehan helikoper baru untuk menggantikan Nuri dalam langkah panjang untuk mengatasi masalah penamatkan operasi helikopter Nuri itu.

“Strategi ini bermatlamat untuk memastikan perolehan-perolehan lain dan yang telah dirancang menjadi kenyataan menerusi perbelanjaan berhemah peruntukan kerajaan,” kata beliau.

Beliau menerangkan dengan lebih lanjut bahawa langkah jangka pendek itu yang akan menyaksikan TUDM menyewa helikopter-helikopter daripada syarikat penerbangan berlesen di bawah program sewaan itu akan bermula pada tahun ini sehinggalah tahun 2026.

NURI
Helikopter Leonardo AW139 dikatakan adalah calon helikopter untuk menggantikan “Nuri.”

 

Ackbal tidak mendedahkan bilangan helikopter yang akan disewa itu.

Helikopter-helikopter itu akan disewa di bawah konsep “GOCOM” (Government-Operate-Company-Own and Maintain) yang akan memastikan TUDM mencapai misi dan objektifnya dalam memperolehi helikopter baru.

Pada ketika ini, helikopter-helikopter EC725AP milik TUDM digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan keperluan Rotary Air Mobility (RAM), kata panglima dan menambah bahawa TUDM juga merancang untuk menaiktaraf lapan buah helikopter EC725 itu.
Kelapan-lapan buah helikopter EC725 TUDM itu akan dinaiktaraf kepada versi Combat Search and Rescue (CSAR) pada RMK-12 ini.

Usaha menaiktaraf kelapan-lapan buah helikopter EC725 itu kepada versi CSAR itu melihat ia dilengkapkan dengan beberapa kelengkapan tambahan bagi membolehkan ia melaksanakan operasi CSAR dengan berkesan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...