Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Greek Mahukan MIM-104 Patriot Sebagai “Syarat” Sebelum Serahkan S-300 Pada Ukraine

Menurut media-media Greek, negara itu hanya bersedia untuk menyerahkan sistem pertahanan udara S-300 miliknya itu kepada Ukraine sekiranya ia digantikan dengan sistem pertahanan udara yang lebih moden iaitu sistem pertahanan udara MIM-204 Patriot buatan Amerika Syarikat.

0 997

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Greek sedang menimbang semula keputusannya untuk tidak menghantar sistem pertahanan udara S-300 buatan Russia miliknya kepada Ukraine, tetapi hanya akan berbuat demikian selepas “syarat-syarat” dikenakannya  telah dipatuhi.

Menurut media-media Greek, negara itu hanya bersedia untuk menyerahkan sistem pertahanan udara S-300 miliknya itu kepada Ukraine sekiranya ia digantikan dengan sistem pertahanan udara yang lebih moden iaitu sistem pertahanan udara MIM-204 Patriot buatan Amerika Syarikat.

Greek dikatakan bersedia untuk menghantar 32 sistem pelancar bersama-sama 175 butir peluru berpandu sistem pertahanan udara S-300 kepada Ukraine, tetapi hanya selepas ia digantikan dengan sistem pertahanan udara Patriot.

Beberapa bulan lalu, Amerika Syarikat telah meminta Greek supaya memberikan sistem pertahanan udara S-300 miliknya kepada Ukraine tetapi ia enggan berbuat demikian.

Dan pada Januari lalu, Amerika Syarikat dikatakan meminta Greek supaya “menyerahkan” sistem pertahanan udara S-300 miliknya kepada Ukraine sebagai “syarat” untuk bersetuju menjual pesawat pejuang generasi kelima, F-35 kepada negara Mediterranean itu.

S-300
Russia’s S-300

 

Laporan oleh akhbar tempatan Greek “Kathimerini” pada 27 Jan yang lalu, Setiausaha  Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken telah menulis surat kepada Perdana Menteri Greek Kyriakos Mitsotakis pada 26 Jan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu meminta Greek memindahkan senjata-senjata buatan Russia yang digunakan oleh angkatan tenteranya kepada Ukraine, bagi membantu negara Eropah Timur itu menangani serangan tentera Russia.

Greek memiliki beberapa sistem persenjataan yang amat dikehendaki oleh tentera Ukraine dalam menentang pencerobohan Russia terhadap wilayahnya.

Antaranya adalah sistem pertahanan udara S-300 dan TOR serta sistem meriam anti-pesawat ZU-23-2 serta bekalan peluru-peluru yang banyak dalam simpanannya.

Amerika Syarikat sebelum itu telah bersetuju untuk menjual sejumlah 40 buah pesawat pejuang generasi kelima, F-35 bernilai US$8.6 billion (RM38.7 billion) kepada Greek.

Ukraine amat memerlukan sistem pertahanan udara terutamanya buatan Russia yang telah lama digunakan oleh anggota tenteranya seperti S-300 kerana ia sudah hampir keputusan bekalan peluru-peluru berpandu sistem pertahanan udara itu.

Rafale
Paderi memberikan restu kepada pesawat-pesawat Rafale yang baru diterima oleh Greek.

 

Pakar pertahanan di Center for European Policy Analysis (CEPA), Federico Borsari memberitahu media Greek bahawa penghantaran sistem pertahanan udara S-300 kepada Ukraine menjadi lebih penting selepas kemusnahan sebuah pelancar sistem pertahanan udara MIM-104 Patriot oleh peluru berpandu ballistik Iskander baru-baru ini.

Beliau juga berkata bahawa varian sistem pertahanan udara S-300 yang digunakan oleh tentera Greek adalah lebih berkeupayaan berbanding S-300 dioperasikan oleh tentera Ukraine.

Amerika Syarikat, Jerman dan Belanda membekalkan sistem pertahanan udara MIM-104 Patriot kepada Ukraine yang digunakan oleh negara itu menembak jatuh pesawat-pesawat pejuang peluru berpandu Russia.

Ketika ini terdapat laporan yang kukuh mendakwa Ukraine telah memindahkan sistem-sistem pertahanan udara Patriotnya semakin dekat dengan sempadan Russia bagi membolehkan ia menembak jatuh pesawat-pesawat kombatnya ketika masih berada di ruang udara negara mereka sendiri. — DSA

Iklan

Comments
Loading...