Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Antara Kapal Selam Paling Rahsia Russia, “Losharik” Akan Kembali Bertugas Jun/Julai Ini

Oleh kerana tugasnya yang amat sensitif bagi tentera laut Russia, krew yang ditugaskan untuk mengoperasikan kapal selam “Losharik” itu adalah anggota tentera laut Russia yang berkhidmat dengan agensi di panggil “GUGI” (Main Directorate Deep Sea Research). Hanya yang terbaik dipilih untuk berkhidmat dengan kapal selam amat rahsia milik tentera laut Russia ini.

0 4,831

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal selam “Losharik” (AS-31) yang amat dirahsiakan kewujudannnya oleh pihak berkuasa Russia akan mula ke ke laut semula pada Jun atau Julai ini selepas kerja-kerja pembaikan bermula pada 2019 akibat kebakaran telah berjaya diselesaikan.

Ia adalah salah satu kapal berkuasa nuklear yang paling dirahsiakan fungsi, kemampuan dan kewujudannya oleh pihak berkuasa Russia.

Agensi berita Russia “TASS” yang memetik sumber tentera menyatakan bahawa kerja-kerja memperbaiki kerosakan dialami oleh kapal selam rahsia itu telah hampir siap dan fasa seterusnya adalah kerja-kerja ujian yang perlu dilakukan di laut lepas.

“Selepas kerja-kerja pembaikan, adalah dirancang kapal selam ‘Losharik’ akan keluar untuk kerja-kerja pengujian pada Jun atau Julai tahun ini,” menurut sumber tentera itu kepada TASS mengenai keadaan terkini kapal selam rahsia yang dilancarkan oleh Russia pada 2003.

Kapal selam itu telah berada di limbungan kapal sejak 2019 apabila ia mengalami insiden kebakaran yang mengorbankan 14 orang krewnya.

Losharik
“Losharik”

 

Sumber tentera itu turut memberitahu agensi berita Russia itu bahawa selepas kerja-kerja pembaikan itu, kapal selam “Losharik” akan terus mengekalkan kemampuannya untuk menyelam sehingga ke kedalaman 6,000 meter, ia salah cirinya yang paling unik dan paling berkuasa berbanding kapal-kapal selam milik “musuh-musuhnya.”

TASS melaporkan bahawa hull kapal selam itu yang diperbuat daripada bahan Titanium tidak rosak dalam kejadian kebakaran itu, sekaligus memastikan kemampuannya untuk menyelam pada kedalaman yang amat ekstrim itu.

Sebagai perbandingan, kapal-kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat seperti daripada kelas-Seawolf atau kelas-Ohio dikatakan berkemampuan menyelam sehingga ke kedalaman di antara 490 meter sehingga 2,000 meter.

Masih tidak mencapai separuh daripada kemampuan menyelam kapal selam rahsia Russia “Losharik” itu.

Ketika kejadian kebakaran itu,  “Losharik” sedang melakukan misi rahsia di dalam perairan Russia, tetapi terletak tidak jauh daripada Norway, dipercayai berkaitan dengan Northern Sea Route (NSR), laluan alternatif perkapalan dunia yang sedang diteroka oleh Russia.

Insiden itu sebenarnya telah menarik perhatian pemerhati pertahanan dunia terhadap “Losharik”, sebuah kapal selam yang amat dirahsiakan kewujudannya oleh Russia kerana tugasnya adalah untuk mengintip dan mengumpul maklumat-maklumat penting terutamanya berkenaan dasar laut.

Losharik
“Losharik” (kredit Covert Shores)

 

Oleh kerana tugasnya yang amat sensitif bagi tentera laut Russia, krew yang ditugaskan untuk mengoperasikan kapal selam “Losharik” itu adalah anggota tentera laut Russia yang berkhidmat dengan agensi di panggil “GUGI” (Main Directorate Deep Sea Research).

 Hanya yang terbaik dipilih untuk berkhidmat dengan kapal selam amat rahsia milik tentera laut Russia ini.

14 krew kapal selam “Losharik” yang mati itu adalah antara krew kapal selam Russia yang paling disegani.

Kesemua yang terbunuh telah dianugerahkan dengan penghormatan tertinggi Russia iaitu “Hero of the Russia Federation.”

Apa yang unik tentang “Losharik” yang berkuasa nuklear ini adalah, krewnya beroperasi di dalam tujuh ruangan bulat (spherical hulls) yang diperbuat daripada bahan aloi Titanium di dalam badan kapal selam itu.

Di dalam kes kapal selam rahsia Russia ini, rekabentuk “spherical hulls” adalah untuk membolehkannya melakukan penyelaman yang jauh lebih dalam berbanding kapal-kapal selam lain di dunia ini.

Losharik
“Losharik”

 

Dikatakan, bentuk bulat adalah lebih kuat berbanding bentuk silider apabila melakukan selaman di laut dalam. (untuk menahan tekanan dasar laut)

Barat memanggil “Losharik” , The Cold War Submarine.

Menurut seorang pegawai kanan tentera laut Amerika Syarikat,  dengan keupayaan menyelam sedalam itu, tiada kapal selam di dunia yang dapat mengesan “Losharik” itu.

Russia juga meletakkan “Losharik” di sebuah kawasan dinamakan Olenya Guba sebagai pengkalan kapal selam itu, sebuah kawasan di Semenanjung Kola di Russia yang terletak jauh dari mana-mana tamadun terdekat manusia. — DSA

Iklan

Comments
Loading...