Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dua Ditahan Kerana Curi Sistem Pertahanan Udara “TOR”. Pasaran Gelap?

Menurut polis Ukraine, mereka telah menyerahkan sistem pertahanan udara “TOR” yang dicuri oleh kedua-dua penjenayah itu kepada pihak tentera negara itu yang akan menggunakan sistem itu untuk mempertahankan ruang udara Kiev.

0 1,148

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Polis Ukraine menahan dua rakyatnya kerana mencuri sistem pertahanan udara jarak dekat “TOR” yang ditinggalkan oleh tentera Russia selepas mereka berundur daripada Wilayah Chernihiv pada musim bunga tahun lepas.

Kedua-dua penjenayah berusia 38 dan 45 tahun itu bercadang menyembunyikan sistem pertahanan udara itu di Kiev.

Wilayah Chernihiv yang bersempadan dengan Russia menyaksikan pertempuran sengit antara kedua-dua angkatan tentera ketika bermulanya “operasi ketenteraan khas” Moscow.

Menurut polis Ukraine, mereka telah menyerahkan sistem pertahanan udara “TOR” yang dicuri oleh kedua-dua penjenayah itu kepada pihak tentera negara itu yang akan menggunakan sistem itu untuk mempertahankan ruang udara Kiev.

Polis Ukraine menyatakan bahawa pihaknya telah melancarkan siasatan sejurus selepas merampas sistem pertahanan udara itu.

TOR
“TOR’

 

Siasatan juga mendedahkan apa yang mahu dilakukan oleh kedua-dua penjenayah itu terhadap sistem pertahanan udara “TOR” yang dicuri mereka, tetapi pihak berkuasa Ukraine enggan mendedahkan motif kegiatan mencuri itu.

Sistem pertahanan udara “TOR” itu dianggarkan bernilai 30 Juta Ukraine Hryvnia (RM38 juta).

“Selepas beberapa operasi, pihak berkuasa berjaya mengenalpasti di mana menyimpan sistem pertahanan udara itu di suatu bahagian di Kiev.”

Sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media Ukraine, mereka menemui lapan butir peluru berpandu “TOR”  di dalam kotak.

Kedua-dua individu itu berhadapan dengan hukuman tujuh tahun penjara sekiranya didapati bersalah.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan motif kedua-dua penjenayah itu mencuri sistem pertahanan udara “TOR” buatan Russia itu.

Pada awal minggu lepas, pihak berkuasa Ukraine telah menahan seorang lelaki dan merampas bekalan senjata terdiri daripada roket, sistem anti-kereta kebal, mesingan dan ribuan peluru pelbagai kaliber.

TOR
Radar pengesan sistem pertahanan udara “TOR”

 

Sebagaimana kes mencuri sistem pertahanan udara “TOR”, pihak berkuasa Ukraine juga tidak mendedahkan motif simpanan senjata dan peluru yang besar oleh lelaki itu.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai dakwaan menyatakan bahawa penjenayah dan penyeludup mencuri bekalan senjata yang didermakan oleh negara-negara Barat untuk digunakan oleh tentera Ukraine bagi menentang pencerobohan tentera Russia,

Laporan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyatakan bahawa anggota-anggota sukarela tentera Ukraine dan penjenayah serta penyeludup telah mencuri bekalan senjata yang sepatutnya diterima oleh tentera Ukraine.

Wartawan veteran Amerika Syarikat Seymour Hersh berkata bahawa banyak daripada senjata yang dibekalkan oleh negara Barat akhirnya jatuh ke tangan pencuri dan penyeludup yang bertindak menperdagangkannya di pasaran gelap untuk keuntugn berlipat kali ganda. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...