Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Australia Belanja RM300 Juta Jadikan F-35A Miliknya “Lebih Halimunan” Dari Sekarang

Kemudahan itu didirikan bertujuan memberikan pesawat-pesawat F-35A milik Australia itu dengan salutan menggunakan cat khas yang  menjadikan pesawat pejuang generasi kelima yang sudah halimunan pada masa ini, untuk menjadi lebih halimunan di mata sistem radar musuh.

0 1,998

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Australia membelanjakan AUS$100 juta (RM298 juta) untuk membina kemudahan salutan khas (special coating) bagi pesawat-pesawat pejuang F-35A miliknya di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia di Williamtown, New South Wales.

Kemudahan itu didirikan bertujuan memberikan pesawat-pesawat F-35A milik Australia itu dengan salutan menggunakan cat khas yang  menjadikan pesawat pejuang generasi kelima yang sudah halimunan pada masa ini, untuk menjadi lebih halimunan di mata sistem radar musuh.

Ia adalah suatu perkembangan yang penting kerana ia adalah kemudahan salutan (coating) yang seumpama diwujudkan di luar Amerika Syarikat.

F-35A
Dua buah pesawat F-35A milik RAAF, A35-029 and A35-041 daripada No 75 Skuadron Pangkalan Udara Tindal sedang menuju ke Butterworth. (kredit Australian Government Defence)

 

Menteri Industri Pertahanan Australia Pat Conroy berkata cat khas yang digunakan untuk salutan pada pesawat pejuang F-35A milik negara itu adalah untuk meningkatkan lagi kemampuan halimunannya.

Salutan cat khas pada F-35A itu membolehkan pesawat pejuang berkenaan menyerap gelombang radar itu daripada sekadar memantulkannya.

“Ini menjadikan pesawat-pesawat pejuang F-35A Australia itu antara pesawat yang paling sukar dikesan di dunia. Aspek halimunan F-35A dan kemampuannya menjalin jaringan dengan pesawat-pesawat lain menjadikan ia pesawat pejuang paling canggih di dunia,” kata Menteri Industri Pertahanan negara itu.

Ramuan cat khas yang digunakan untuk menyalut pesawat pejuang F-35A itu adalah rahsia.

Kemudahan salutan khas pesawat F-35A di pangkalan udara di Williamtown di New South Wales itu dikendalikan oleh syarikat BAE Systems.

Pada ketika ini, Tentera Udara Diraja Australia memiliki 63 pesawat pejuang F-35A tetapi keseluruhannya ia bakal mengoperasikan sejumlah 72 buah pesawat pejuang yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

F-35A
Pesawat pejuang generasi kelima F-35A milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) (Gambar Hiasan)

 

Bagaimanpun Australia merancang untuk menubuhkan skuadron F-35A yang keempat, membawa jumlah keseluruhan pesawat generasi kelima itu dalam pegangan negara Oceania itu kepada 96 buah.

Kemampuan pesawat pejuang F-35 itu berada di dalam keadaan halimunan adalah di antara daya penarik paling utama bagi pesawat itu dan salutan menggunakan cat khas terhadap pesawat itu memainkan peranan paling penting untuk mencapai halimunan itu.

Cat khas yang digunakan pada pesawat F-35 itu direka untuk menyerap dan menyerak gelombang radar itu, sekaligus menjadikan pesawat itu sukar untuk dikesan dalam radar.

Ia dicapai menerusi penggunaan bahan khas dalam cat itu yang membolehkan ia menyerap dan menyerakkan kuasa electromagnetic.

Cat yang digunakan pada pesawat F-35 itu terdiri daripada beberapa lapisan, dengan setiap lapisan itu memainkan peranan tertentu.

F-35A
Dua buah pesawat pejuang F-35A Tentera Udara Diraja Australia (RAAF)

 

Lapisan paling atas adalah bahan penyerap gelombang radar yang membantu menyerakkan gelombang itu dan mengurangkan “titik kehadiran” pesawat itu pada skrin radar.

Lapisan itu selalunya berwarna hitam atau kelabu gelap, yang membantu mengurangkan visibiliti (keterlihatan) pesawat itu pada waktu malam atau ketika cahaya yang sedikit.

Selain lapisan atas itu, cat khas yang digunakan pada pesawat F-35 itu juga termasuk bahan konduktif yang membantu mengurangkan tenaga elektromagnetik yang masih ada.

Ia dibuat menggunakan bahan seperti carbon fibre atau aluminium yang amat konduktif dan boleh menyerap dan mengurangkan tenaga elektromagnetik dengan cepat. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

 

Comments
Loading...